5 tempat menarik di Bangi dan kawasan sekitarnya

Jujur saya katakan  Bangi bukanlah lokasi percutian atau tempat peranginan yang menjadi tumpuan pelancong dari serata negara, seperti Port Dickson, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi.  Kerana itu saya kurang pasti tempat-tempat menarik yang ada di Bangi. Banyak carian yang sampai ke blog saya yang keywordnya bertajuk Tempat Menarik di Bangi.

Ada tempat menarik tu memang ada, tapi tak banyak. Kalau keyword "Tempat-tempat menarik berhampiran Bangi, ya memang ada beberapa tempat menarik.  Demi memenuhi pencarian pengunjung-pengunjung blog yang saya hormati, Insya Allah saya kongsikan beberapa tempat menarik yang ada di Bangi dan kawasan berhampiran Bangi. 


1. Bangi Wonderland

Selain Sunway Lagoon dan A Famosa Water Theme Park, terdapat satu lagi taman tema air iaitu Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue. Terdapat 15 aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya  Pirate Spa, Water Cannon, Surf Rider, Kid Adventure, Body Slide, Spiralax, Insane Racer, Wonderloop, Green Pearl, Boomeriang dan macam-macam lagi. Boleh datang ke sini melalui highway plus exit Putra Mahkota  atau Jalan Bangi Lama. Lawati website Bangi Wonderland di sini, http://www.bangiwonderland.com

Sumber: www.bangiwonderland.com


2. Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Dinamakan Tasik Cempaka kerana banyak pokok Cempaka yang ditanam di sini. Taman tasik yang terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi merupakan taman yang luas dan terdiri dari beberapa buah padang dan sebuah tasik yang besar. Menjadi tempat kegemaran penduduk Bandar Baru Bangi untuk bersantai-santai, bersukan dan berjogging. Mempunyai trek jogging sepanjang 3km dan banyak pondok rehat untuk pengunjung bersantai dan berehat.  Terdapat play ground serta beberapa peralatan atau kemudahan untuk bersenam. Rupa-rupanya, sejarah tasik ini ialah ia merupakan sebuah sungai kecil dari cawangan Sungai Langat yang disekat aliran airnya menjadi sebuah tasik buatan (sumber fakta: wikipedia)


3. Putrajaya

Putrajaya tak jauh dari Bangi. Ada banyak tarikan di Putrajaya, antaranya Wetland, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian, Masjid Putra, Masjid Besi dan pusat membeli belah Alamanda. Putrajaya juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong kerana mempunyai struktur bangunan pentadbiran kerajaan yang indah dan unik. 

sumber: www.malaysia.travel



4.  Nilai 3

Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan, tetapi ia bersempadan dengan Bukit Mahkota. Boleh dikatakan rakyat Malaysia rata-rata mengenali Nilai 3 yang terkenal sebagai pusat membeli belah tekstil, beg dan luggage, barangan kraf, barangan perkahwinan, perhiasan rumah,  permaidani dan macam-macam lagi. Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya. Di Nilai 3, nak beli secara runcit boleh, nak memborong pun boleh. Nilai 3 agak sesak pada musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri. 
sumber: kosmo.com.my
5. Bangi Sentral

Syurga dunia untuk peminat fesyen. Bermacam-macam butik terkenal ada di sini. Siapa peminat fesyen dan busana muslimah pasti mengenali Leyana Rahman, Minaz, Elrah, Bella Ammara dan lain-lain. 
Ini sahaja maklumat yang saya boleh kongsikan buat masa ini. Kalau ada maklumat menarik tentang tempat menarik di Bangi,  saya akan update dari semasa ke semasa.




6. Farm In the City

Farm in the City  tidak terletak di Bangi tetapi terletak di Sri Kembangan. Sri Kembangan dan Bangi tidaklah jauh. Kiranya ia daerah yang terletak bersebelahan dengan Bangi. Ia merupakan tempat yang disukai kanak-kanak dan ibu bapa sebab boleh bawa anak berjalan-jalan melihat haiwan. Dusun buah-buahan juga terdapat di sini.

 Ini antara gambar-gambar yang saya ambil dari facebook page Farm in The City. Konsep Farm in The City ialah pengunjung boleh melihat, berinteraksi dan menyentuh  haiwan liar dengan lebih dekat kerana tiada pagar yang memisahkan antara pengunjung dan haiwan-haiwan tersebut. Ia tidak seperti Zoo.










Waktu Operasi

Hari minggu (Isnin-Jumaat): 10.00 a.m - 6.00 p.m

Hujung minggu dan cuti umum:  9.30 a.m- 6.00 p.m


Harga tiket

Biasa

RM48 (dewasa)

RM38 (warga emas dan kanak-kanak)


Pemegang mykad


RM32 (dewasa)
RM27 (warga emas dan kanak-kanak



Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Hayalan
AUTHOR
23 August 2017 at 13:27 delete

Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
23 August 2017 at 14:58 delete

trm kasih. nnti sy update dlm list

Reply
avatar