5 tips elak terkena penipuan pakej umrah

Selalu kita dengar dan baca berita-berita di media massa tentang penipuan yang dilakukan oleh  agensi-agensi yang kononnya menyediakan perkhidmatan pakej umrah yang murah. Sudah ramai yang terkena. Sudah ramai yang tertipu.  Mereka mengalami kerugian beribu ringgit. Kerajaan sudah menetapkan harga paling basic untuk pakej umrah ialah 4900 untuk pakej 10 hari 12 malam ke Makkah dan Madinah. Sekiranya harga lebih murah ditawarkan dari itu, mungkin ada sesuatu mencurigakan di sebalik pakej yang ditawarkan. Jadi orang ramai perlu berhati-hati dan jangan mudah sangat cair dengan tawaran tersebut.  Kadang-kadang ada juga agensi umrah yang betul (bukan penipuan), tetapi mereka gagal mendapatkan visa umrah atau gagal menempah tiket penerbangan dan beberapa kegagalan lain yang menyebabkan pelanggan tidak dapat menunaikan umrah mengikut tarikh yang dijanjikan walaupun bayaran sudah dibuat.


sumber:sinar harian


Sedikit tips yang boleh diambil untuk mengelakkan penipuan pakej umrah

1. Jalankan survey terhadap agensi yang ingin dipilih. 

Buat perbandingan untuk beberapa agensi yang ingin dipilih. Buat sedikit siasatan terhadap agensi tersebut termasuk lesen perniagaan atau permit outbound yang sah, semak pengalaman dan performance agensi tersebut menjalankan umrah,  baca review customer-customer terdahulu terhadap servis mereka, bagaimana pengalaman agensi tersebut menguruskan visa. Sama ada menggunakan orang tengah atau menguruskan sendiri. 

Kalau boleh, pergi terus ke pejabat agensi tersebut dan buat tinjauan. 


2. Pilih agensi yang berdaftar

Orang ramai boleh melakukan tentang status agensi di laman web, jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di http://intranet.jawhar.gov.my/


3. Berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan yang berpengalaman

 Sekiranya baru pertama kali menjalankan umrah dengan pakej, banyakkan berbincang dan meminta pendapat anggota keluarga atau rakan-rakan yang telah mengerjakan umrah dengan pakej. Dari situ kita boleh buat perbandingan dan pertimbangan sebaik-baiknya.


4. Dapatkan maklumat dengan detail

Ya memang betul sekarang ada banyak pihak yang benar-benar menjalankan perniagaan pakej umrah dengan harga yang murah, tetapi kita perlu tahu dengan mendalam, apa pakej dan perkhidmatan yang sediakan? Ada makan minum atau makan kena sendiri-sendiri? Bagaimana dengan tiket penerbangan? Kena cari sendiri atau mereka yang tempahkan?  Tak munasabah kalau pakej umrah yang murah tetapi complete all in kan siap dengan ziarah  sekali! Memang tak logik. 

Saya teringat ada satu kes rombongan umrah negara jiran yang terkandas di lapangan terbang. Mereka pergi dengan pakej yang murah. Rupanya tiket penerbangan tidak termasuk tetapi tidak diberitahu oleh agensi. Kasihan sungguh.

5. Simpan segala dokumen dan transaksi

 Segala urusan transaksi dan dokumen perlu direkodkan dan disimpan elok-elok agar sekiranya ada masalah yang timbul kita mempunyai bukti untuk dirujuk.


Semoga sedikit sebanyak panduan yang diinspirasikan dari maklumat yang saya perolehi dari majalah Anis keluaran November 2016 ini, dapat membantu pembaca agar-agar berhati-hati ketika memilih pakej umrah. Bak orang putih kata "better safe than sorry". 

Previous
Next Post »