Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 1 December 2016

Malaysian Islamic Children's Fair bakal berlansung 2-4 Disember 2016

Malaysian Islamic Children''s Fair bakal berlansung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Masjid Besi, Putrajaya dari 2 Disember sehingga 4 Disember 2016. Para ibubapa digalakkan untuk hadir ke event besar ini. Sebab, banyak sangat peluang yang ibubapa anda dapat nanti.
Antara aktiviti yang akan diadakan di sini antaranya aktiviti dan games untuk kanak-kanak seperti pertunjukan fesyen kanak-kanak, pertandingan ucapan umum, archery, pertandingan mewarna, pertandingan muazzin muda dan banyak lagi.  Kem solat pun ada jugak di MICF 2016 ni tau.

source: http://micf.my

Untuk ibubapa aktiviti yang akan dijalankan antaranya Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Seminar Perancangan Keluarga (boleh rujuk gambar di atas. Klik untuk paparan yang lebih besar).

Selain tu ada banyak booth dari pelbagai organisasi, industri dan institusi akan dibuka. Booth produk kanak-kanak, booth jualan pakaian wanita, booth tadika dan sekolah berteraskan Islam,  booth media karangkraf, booth pendidikan dan buku kanak-kanak, booth makanan halal,  dan macam-macam lagi booth yang ada.

Saya pernah hadir ke program ini pada tahun 2013, seingat saya MICF pada waktu itu diadakan di Shah Alam. Program besar ini memang event yang diadakan setiap tahun. Memang meriah sangat. Semua ruang di tempat program akan penuh dengan aktiviti saja.

Kepada para ibu bapa yang sedang tercari-cari maklumat tentang pendidikan kanak-kanak, maklumat tadika yang bagus atau mencari produk yang berkaitan dengan kanak-kanak, MICF tempat yang sesuai untuk dapatkan segala maklumat yang anda cari.  Jangan lepaskan peluang tau. Sayapun akan hadir Insya Allah.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website mereka: http://micf.my

No comments:

Post a Comment