Keindahan lanskap Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping yang indah dan mendamaikan. Setiap kali pulang ke kampung suami, saya takkan lepaskan peluang ke Taman Tasik Taiping jika ada kesempatan.  Sangat suka suasana Taman Tasik Taiping yang redup dan sejuk mata memandang. Lanskapnya yang memukau membuatkan sesiapa pun akan rasa nak duduk lama-lama di sini lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai deretan pokok hujan- hujan yang ranting dan dahannya mencecah permukaan tasik.

Mengikut sejarah, Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah tertua di Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1880 dan keluasannya ialah 64 hektar. Padanlah, zoo pun muat di sini.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Taman Tasik Taiping yang merupakan bekas lombong ini, antaranya berkhelah, berjogging, menyewa bot,   mengelilingi taman dengan basikal sewa, melawat Zoo Taiping, naik ke Bukit Larut dengan jip, photoshooting, rehlah hari keluarga, mandi manda di Burmese Pool dan melawat muzium Taiping. Kebanyakan Tourist Spot ni memang ada berhampiran Taman Tasik Taiping. Banyak juga hotel di sekitar tasik antaranya Hotel Seri Malaysia.

Kalau datang ke sini terutamanya waktu petang hujung minggu memang meriah sangat sampai jam tau jalan di sekitar Tasik ni. Ramai yang bawak anak- anak beriadah, ramai juga pengantin yang photoshoot di sini.

Kalau anda datang ke Taiping, jangan lupa singgah ke tasik ini. Bawa sekali tikar, makanan  dan minuman. Bentang tikar dan berkelah tepi tasik. Memang syok!
















Previous
Next Post »