Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 19 December 2016

Cara bersihkan tumpahan minyak dan telur dengan 2 bahan sahaja

Apa nak buat kalau minyak tertumpah atas lantai? Kadang-kadang terlalu sibuk bersilat di dapur, tak sedar pun minyak tertumpah. Saya akui agak susah nak bersihkan minyak tertumpah.  Tetapi ada beberapa cara yang sangat mudah untuk bersihkan tumpahan minyak walaupun minyak terpakai yang pekat dan likat yang kita dah nak buang jauh-jauh tu. Saya sudah buat dan terbukti berkesan. 




1. Taburkan garam atas tompokan minyak. Tabur rata-rata biar tutup keseluruhan minyak tu. Lepastu lap bersih-bersih. Kali kedua memadai dengan air biasa

2.  Tabur tepung gandum atas tompokan minyak tersebut. Tabur rata-rata sampai tak nampak kesan minyak. Tunggu sekejap biar tepung menyerap minyak sepenuhnya. Lepastu lap dengan kain buruk atau suratkhabar. Nanti minyak tu akan bertukar jadi macam doh nak buat kuih tu. 

Kemudian boleh lap dengan kain atau sapu dengan penyapu.  Kemudian boleh lap dengan air biasa untuk pastikan lantai betul-betul bersih. Lantai akan jadi kesat semula.
 
Anda juga boleh bersihkan minyak menggunakan Basic H Shaklee. Saya pernah cerita pengalaman membersihkan minyak tumpah dengan banyaknya di lantai, di entry ini barangan yang memudahkan urusan kerja rumahSaya bersihkan dengan Basic H dan mop saja. Yang bestnya, lepas guna Basic H, tak perlu bilas dengan air pun sebab dia takkan menyebabkan buih merebak dan tempat cucian menjadi licin. 


Selain minyak, petua di atas boleh digunakan untuk membersihkan telur yang tertumpah. Telur memang agak susah dibersihkan sebab rupa paras dia yang berlendir tu memang membuatkan kerja-kerja pembersihan menjadi renyah. Tapi jangan risau, ikut saja petua di atas, sangat membantu ok. 


Selamat mencuba para isteri dan suri rumah :)

No comments:

Post a Comment