8 tips menjadi orang bahagia

sumber: www.lovethispic.com
Saya nak kongsikan 8 tips menjadi orang bahagia. Tips ini saya dapat hasil dari perkongsian ilmu dari pakar-pakar motivasi dan orang yang berpengalaman mengubah diri dari orang negatif kepada orang bahagia. Sebenarnya lebih dari 8 tips, tapi saya kongsikan sebahagian saja. 
Pernah dengar Law of Universal Attraction?  Menurut Zuhairi Nopiah dalam bukunya bertajuk Law of Universal Attraction Magnet Kebahagiaan, Law of Universal Attraction ialah "sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal". Faham tak? Saya pun tak faham. Hahaha.

Ok, jangan marah. Saya akan explain dalam bahasa yang paling mudah difahami.

Saya petik sikit dari buku Law of Attraction tulisan Zuhairi Nopiah tu ye,

Mengikut hukum sains, setiap zarah terdiri daripada atom yang mempunyai elektron . Semua elektron mengelilingi nukleus pada orbit dan frekuensi yang tertentu. Frekuensi yang sama menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. 

Minda kita juga sentiasa membebaskan gelombang. Gelombang yang sama menarik sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama. 

Perasaan gembira dan benci menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda positif menarik sesuatu yang positif datang kepada kita. Begitu juga minda negatif. Ia menarik perkara negatif dalam kehidupan. 

Bagaimana dengan bahagia? Bahagia adalah perkara positif. Perkara yang baik. Jadi bagaimana nak jadi orang yang bahagia? Kita kena tarik benda-benda positif agar sentiasa dipenuhi dengan aura kebaikan sahaja. Aura atau gelombang positif sahaja.

Tips menjadi orang bahagia dan positif 

1. Jangan tinggalkan amalan wajib

Jangan tinggalkan solat fardhu. Jangan tinggalkan puasa di bulan Ramadhan. Jauhi maksiat dan perkara yang dilarang dalam Islam.Kalau amalan wajib jangan tinggalkan, amalan-amalan sunat lagilah kena perbanyakkan.


2. Banyakkan berzikir

Perbuatan berzikir ini mampu menjadikan minda kita menjadi tenang, lapang dan jiwa tenteram. Tak percaya? Haa, cuba zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 100 kali. 

Apa yang anda rasa ketika berzikir? Rasa tenang dan tenteram. Betul tak? Zikir perlu dijadikan amalan. Setiap hari. Bukan pada sesetengah masa saja. Barulah kita akan merasa impaknya dalam kehidupan.


3.  Banyakkan bersyukur

Bagaimana nak bersyukur? Mudah saja. Berhenti merungut dan mulakan menulis 10 hingga 100 benda baik yang berlaku dalam hidup anda . Tulis dalam buku catatan. Buat selama seminggu. Dan perhatikan perubahan yang anda alami.

4. Berhenti mengumpat orang

Stop. Jangan mengumpat orang mulai dari saat ini. Mengumpat sesuatu perbuatan yang berdosa. Mengotorkan hati. Membuatkan jiwa keluh kesah dan membuatkan individu tersebut cenderung untuk mencari kesalahan orang saja. Bila dah jadi macamtu, benda-benda baik orang lain dia dah tak nampak. Yang dia nampak hanya perkara yang menyakitkan hati saja. 


5. Banyakkan membaca Al Quran

Dalam sehari berapa kali kita baca Al Quran? Sungguh, baca Al Quran dapat membuatkan jiwa menjadi tentang. Sibuk macam mana pun, paling kurang 1 muka surat sehari. 


6. Banyak bersedekah

Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan terima. Kalau rasa hati berat sangat nak sedekah. Paksa diri. Percayalah, lama-lama akan menjadi tabiat. Tak susah hati bila nak hulur sedekah pada orang. Sedekah ikut kemampuan. Yang penting konsisten. RM50 sehari? RM10 sehari? RM1 sehari? RM20 sehari?
Ya ikut kemampuan anda. Sedekah melatih minda kita supaya merasa "aku dapat banyak nikmat dari Allah, semuanya cukup. Aku nak kongsi nikmat-nikmat yang aku dapat dengan orang lain". Bukankah minda yang positif akan menarik perkara positif dalam hidup?


7. Banyak berdoa

Yes. Banyak berdoa. Doa adalah senjata paling tajam untuk orang mukmin. Kita berdoa kepada Allah SWT. Tuhan yang Maha Kaya, Maha Berkuasa. Dan dia berkuasa memberi apa saja yang kita mintak dan pohon padaNya. Yang penting berdoa dan yakin doa dimakbulkan.


8. Berdamping dengan orang-orang yang positif. 

Positif ni berjangkit tau. Bila kita berkawan dengan orang-orang positif, secara tak lansung kita sedang membentuk diri kita menjadi orang positif juga. Cuba perhatikan perbualan orang positif. Cuba amati wajah mereka. Nampak bahagia atau murung? Dan apa yang anda rasa bila melihat
wajah mereka? Rasa tenang? Rasa bersemangat? Atau rasa nak bunuh diri? Anda pasti tahu jawapannya.


Sesungguhnya apa yang saya kongsikan di sini tak lain tak bukan, sebagai inspirasi buat diri sendiri dan juga untuk dikongsi dan diambil manfaatnya oleh pembaca. Jom sama-sama ubah diri kita agar menjadi orang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat

Previous
Next Post »