3 petua mudah menghalau lalat

3 petua mudah menghalau lalat. Di mana ada lauk, di situ ada lalat.  Di mana ada makanan, di situ lalat datang. Lalat Allah jadikan dengan manfaatnya tersendiri. Saya nak kongsi tips yang sangat mudah untuk menghalau lalat yang saaaaaangat suka dengan makanan. Lalat betina akan mencari makanan berprotein untuk dia meletakkan telur-telurnya sebagai sumber makanan untuk larva-larvanya nanti.



source: dailymail.co.uk


 Masa saya belajar di Kolej Matrikulasi dulu, kawasan kafeteria kolej saya terlalu dasyat dihurungi lalat sampai tak lalu nak makan. Rupa-rupanya tak jauh dari kolej saya, ada ladang ayam. Ladang ayam ini akan membuatkan kawasan persekitaran berbau jika tak diurus dengan baik. Dan ini yang menyebabkan kehadiran ribuan lalat di kawasan yang berhampiran dengan tempat tersebut.


Saya kadang-kadang amalkan juga petua mudah halau dari menghurung makanan. Walaupun dah elok-elok tutup dengan tudung saji pun, masih ada lalat yang berjaya masuk menerobos ke dalam tudung saji.  Hairan, hairan.

 Bila dah tak tertahan lagi dengan gangguan lalat pada makanan, saya akan lakukan petua  ini.

Petua botol mineral berisi air

1. Ambil beberapa botol mineral kosong, isikan dengan penuh-penuh dengan air paip. 

2. Letak botol mineral berisi air itu di sekeliling kawasan yang lalat suka datang. Jangan lupa tutup makanan dengan tudung saji. Jangan biar terdedah pulak 

3. Untuk kedai atau gerai makan, boleh menggantung botol-botol mineral berisi air itu di tempat yang biasa lalat datang 


Petua daun pandan.

Petua ini saya belum pernah cuba, tapi saya dapat informasi ini dari buku "Kumpulan Tips Aktiviti Suri Rumah Tangga"

1. Hiris halus daun pandan

2. Tabur di sekeliling kawasan yang lalat suka datang


Petua madu dan sakarin

1. Campurkan satu sudu madu dan satu sudu teh sakarin 

2. Oleskan campuran itu pada kertas dengan rata dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lalat.


Semoga petua-petua di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda menghalau lalat. Jangan stress-stress dengan lalat, mereka pun mahkluk Tuhan. 

Selamat mencuba :)


Previous
Next Post »