Minum banyak air kosong bantu kurangkan ketagih minum air manis

Minum banyak air kosong boleh  bantu kurangkan ketagih minum air manis. Tahukah anda, lagi banyak kita minum air manis, makan manis-manis, badan kita akan automatic craving pada makanan manis saja. Saya sebelum ni, sangatlah gemar makan manis dan minum air manis. Lepas segelas, nak minum air manis lagi. Lepas dua jam craving lagi nak minum manis. Waktu tu saya sangat craving nak minum air 3 in 1. Kalau ada produk 3 in 1 baru di pasaran, confirm akan cuba punyalah. Lepastu saya tekad nak atasi masalah ni. Lagipun berat badan dah naik berkilo-kilo sebab suka sangat minum air manis. Apa yang saya buat?
 Minum air kosong banyak! Dan green tea juga saya akan minum sehari 2-3 gelas. Jenama green tea yang saya suka  Green Tea Boh Sencha. Sedap. Dan tehnya warna hijau. Bukan hitam macam sesetengah jenama green tea. 




source:dietmotion.com



Mula-mula nak buang habit minum air manis dan amalkan habit baru ni amatlah payah. Mana taknya habit minum air manis dan mendarah daging setelah sekian lama hahaha. Lama kelamaan lepas hampir sebulan, saya dah tak berapa minat minum air manis. Entah kenapa kalau air tu rasa pekat dan manis semacam, saya tak lalu nak telan.



source: boh.com.my

Dan kemudian, saya sangatlah senang hati minum green tea dan air kosong. Dah takde rasa berat hati ke, malas ke. 

Yan bestnya berat badan pun mudah turun. Kalau tak sebelum ni, susah sangat berat nak turun. Lagi-lagi kalau air manis yang saya minum tu air 3 in 1 yang pekat-pekat dan manis gila macam air white coffe atau cappucino ke.

Bagi sesiapa yang nak cuba, silakanlah amalkan teknik ni. Dan anda akan lihat sendiri perubahan yang berlaku pada diri anda. Chewah.. heheh
Previous
Next Post »