Khasiat chia seed bantu atasi masalah sembelit

Khasiat cheed seed bantu atasi masalah sembelit. Tu dia, headline dah ala-ala berita dah. Hahaha. Baik, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya selama 3 bulan mengambil chia seed dalam pemakanan harian. Saya sebenarnya dah lama dengar tentang khasiat chia seed ni. Sebelum ni tak terfikir pun nak ambil sebab saya ada ambil beberapa supplement lain seperti VCO dan produk Shaklee. Entah macam mana terdetik nak cuba bila chia seed semakin popular kerana bermacam-macam khasiatnya sebagai superfood. Itu dia kuasa trending. Bila popular di media sosial, secara automatik, kita pun terasa nak ikut sekali. Trending yang bagus dan membawa kebaikan untuk bangsa, agama dan negara tak mengapa ye.



 Gambar kredit kepada http://authoritynutrition.com


Chia seed ni sekali pandang nampak macam biji selasih sebab rupa bentuk fizikalnya yang bila direndam, ada jelly di sekelilingnya. Tapi jangan keliru, chia seed bukan biji selasih, biji selasih bukan chia seed. Gitewww. 

Dari pembacaan saya dari artikel ini, https://draxe.com/chia-seeds-benefits-side-effects/
chia seed mengandungi sodium, kalsium, protein, fosforus, serat, asid lemak omega-6, asid lemak omega -3, copper, potassium dan zinc.

Dan antara kelebihan dan khasiat Chia Seed ini yang saya baca daripada link di atas, ia dapat membantu untuk kekal awet muda, kesihatan usus, kesihatan jantung, mengatasi masalah gula berlebihan terutamanya pesakit diabetes, menguatkan tulang, memberikan tenaga dan meningkatkan metabolisme, bina otot dan membantu menurunkan berat badan, mencegah penyakit kanser payudara dan serviks dan menguatkan gigi dan beberapa kelebihan lain dan rupa-rupanya ada juga sedikit side effects.

So far bila saya dah amalkan Chia Seed ni, yang paling jelas saya nampak perubahan dari kesihatan saya, proses digestion menjadi sangat lancar. Setiap hari akan mudah buang air besar (opps). Saya bagi anak saya makan chia seed setiap hari juga, sebab dia suka sangat makan raw gitu saja atau campur dalam air kosong. Masukkan dalam 1 sudu besar (sederhana saja, bukan membumbung). 

Anak saya juga mudah membuang air besar bila amalkan chia seed. Alhamdulillah setakat ni, anak saya dah lama tak kena sembelit. Tapi satu perkara yang saya perasan, untuk mudahkan  dan melancarkan proses buang air besar, air kosong perlu diambil secukupnya. Pernah beberapa kali saya kurang minum air dalam sehari, proses membuang tu tak berapa lancar walaupun sebelum tu saya ada ambil chia seed. Bila proses buang air lancar, berat badan mudah turun ye. Itu yang saya perhatikan setakat ni.

Chia seed banyak dijual secara online sekarang. Kalau nak beli walk in, boleh dapatkan di cosway seluruh Malaysia. 

Jom kita berchia chia chia.
Previous
Next Post »