Jalan-jalan bawa anak ke Aquaria KLCC

Semalam, saya dan suami bawa anak berjalan-jalan ke Aquaria KLCC. Akhirnya hasrat yang dah lama disimpan terlaksana juga. Kami gerak dari Bangi dalam pukul 12 tengahari dan sampai ke KL lebih kurang pukul 1 petang. Walaupun Bangi-KL taklah jauh sangat, tapi traffic jam dan pusing-pusing cari parking yang buatkan kami ambik masa lama sikit nak sampai ke KLCC. Sebelum bertolak, makan siap-siap biar perut kenyang. Nanti dah masuk Aquaria, susah nak keluar. Bila dah keluar, tak boleh masuk semula.

Sampai je area KLCC tu, nasib baik ada parking yang dia charge RM5 untuk sekali entry. Itupun tinggal satu parking kosong. Fuhh rezeki. Dari parking tu nak ke KLCC kena jalan jauh jugak. Hoho, maka kami menapaklah jugak untuk ke sana.

Sebelum masuk Aquaria, kami solat Zuhur dulu. Dan masuk lebih kurang jam 2 petang. Masa ni dah start ramai orang beratur di kaunter pembayaran. Harga tiket untukdewasa RM46 (untuk pemegang mykad) dan RM35 untuk kanak-kanak (pemegang mykad). Jadi jangan lupa bawa IC dan Mykid masing-masing ye. Disebabkan kami bayar dengan kad kredit CIMB, maka dapatlah potongan harga sebanyak 25%. Promosi ni berlansung sampai Disember 2016 ye. Boleh lihat maklumat lanjut tentang promosi di sini http://aquariaklcc.com/promotions

Jom kita tengok gambar


Masuk KLCC dulu, lepastu pergi ke level C. Nanti akan ada direction menuju ke Aquaria.

Kami sedang menuju ke Aquaria. Jauh juga berjalan dari lobby. Hampir 1km rasanya


Ikan pertama yang kami nampak. Piranha.  Boleh menghabiskan makanan dalam masa kurang 60 saat. ALLAHUAKBAR

Tapak Sulaiman yang cute. Nak pegang pun boleh

Kat sini memang penuh dengan description-description tentang ikan dan binatang yang ada kat sini. Sesuai sangat bawak anak-anak. Menambah pengetahuan am!

Aquarium ni sebenarnya sangat tinggi

Fakta tentang ikan jerung putih


Ocenarium. Best masuk sini.



Ikan jerung yang kami nampak dalam Ocenarium
Aquaria ni sangatlah sesuai untuk bawa anak-anak. Mesti diorang seronok dapat tengok ikan dengan lebih dekat. Kat sini pun ada ikan-ikan sungai yang kita selalu dengar kat media. Yang besar-besar pun ada. Spesies ikan yang ada di Tasik Kenyir pun ada di sini tau.





Previous
Next Post »