Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 26 November 2016

Harga tiket masuk ke Aquaria KLCC

Dalam sehari dua ni, saya kerap cari maklumat tentang Aquaria dan harga tiket masuk ke Aquaria KLCC.  Dah lama terfikir nak bawa anak saya ke Aquaria. Dia dah nak masuk umur 4 tahun ni, sesuai sangatlah bawa ke Aquaria. Pertama sekali, saya survey-survey dulu harga tiket dan sambil tu tengok promosi yang mereka tawarkan sekarang. Kalau tak silap saya Aquaria KLCC memang kerap buat promosi harga tiket untuk pengunjung-pengunjung yang datang

Ok ini harga tiket Aquaria yang saya ambil dari website mereka AquariaKLCC. Ada dua jenis harga iaitu untuk pemegang Mykad dan general (bukan warganegara).



Updated: Harga tiket untuk tahun 2019


Pemegang Mykad Dewasa: RM49
Pemegang Mykad kanak-kanak ( 3 tahun-12 tahun) : RM39
Pemegang Mykad warga emas (60 tahun ke atas): RM39


---------------------------------


General: RM69
Kanak-kanak (3 tahun-12 tahun) : RM59
Warga emas (60 tahun ke atas): RM49






Waktu operasi AquariaKLCC: 10 pagi-8 malam (setiap hari)

Admission terakhir: 7 malam

Untuk menjimatkan masa tak perlu beratur panjang-panjang, boleh beli tiket secara online di Klook, di link ini. Boleh dapat sedikit diskaun juga.

>>>Tiket online Aquaria KLCC<<<


Saya ada ceritakan pengalaman ke Aquaria di entry ini Jalan-jalan ke Aquaria KLCC

No comments:

Post a Comment