Amalkan minum green tea. Ini perubahan yang saya alami selepas seminggu

Kesan amalkan minum green tea selepas seminggu. Selepas seminggu saya amalkan minum green tea, ada beberapa perubahan yang saya perasan berlaku pada diri saya. 

Pertama, wajah saya menjadi lebih cantik dan lebih ayu dari dulu.
 .
.
.
.
.
.
.
source: nutritionsecrets.com



 Ok tipu. Hahaha


  Yang betulnya, saya rasa dah tak ketagih minum air manis. Sungguh, kalau dulu 3 kali atau lebih mesti rasa nak minum air manis je, selepas segelas, nak segelas lagi, dan lagi dan lagi.

Sekarang ni saya bila nampak air manis, tak berapa terliur pun terutama minuman 3 in 1. 

Yang kedua, saya akan berpeluh banyak dan rasa energetic. Lepas segelas minum green tea, buat kerja sikit je pun akan berpeluh, contohnya kelentang kelentung di dapur (masak untuk makan malam).  Dan saya rasa energetic. Syok woo bila berpeluh-peluh. Rasa baru lepas buat work out kat gym. Haha, overnya. 

Yang ketiga, ok yang ketiga saya rasa ada perubahan sikit dari segi penurunan berat badan. Ok yang ini saya akan cerita di entry lain kali ye. Sebab sekarang tengah observe lagi, betul ke green tea boleh bantu turunkan berat badan?


Selepas seminggu saya dah jatuh cinta dan insya Allah akan terus amalkan minum green tea. Saya insaf dan nak berhenti dari minum air manis (takut woo kalau terkena kencing manis) dan saya rasa solusi untuk kurangkan ketagihan terhadap minum air manis ni, banyakkan minum air kosong dan amalkan minum green tea. Anda pun kena cuba ya, tapi dengan syarat pure green tea ya, bukan green tea yang dicampur gula atau susu macam green tea big cup atau Starbucks tu. 

Buat masa ni, saya hanya minum green tea jenama Boh (Sencha ) dan Ahmad Tea. Mungkin next time boleh cuba jenama lain pulak


Previous
Next Post »