Beli kopi tanpa pengawet di Kabira Bandar Baru Bangi

Dah lama sebenarnya teringin nak pergi Kabira Bandar Baru Bangi semenjak sponsored ads diorang keluar di facebook. Dah namanya perempuan, semuanya teringin :P

Kebetulan masa nak naik ke klinik Homeopathy Dr Nik Omar, saya ternampak kedai dia. Laa bawah klinik tu je rupanya. Apa lagi mata bersinar-sinarlah, hahaha. Dan klinik ni juga dekat dengan butik Benang Hijau yang famous tu. 

Kedai Kabira ni sebenarnya syarikat lain di bawah Fareeda Group. Diorang bukan jual tudung saja ye. Makanan pun ada. 

FAREEDA yang mana?

Ala anda mesti kenal kalau sebut Tudung Fareeda.

Macam-macam ada di kedai Kabira ni


Ada paste tomyam, paste kari ikan, paste green curry, minuman sejuk, frozen food, serbuk teh tarik, serbuk white cofee, serbuk kopi mocha,  kek lapis, kuih muih, serbuk kari dan macam-macam lagi. 

Kata staff Kabira, semua produk tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan. 

Tagline diorang, "Resepi Terbaik Ibu"

nah tengoklah gambar










Saya beli 1 botol Kopi Mocha sebab ini yang saya dah lama nak rasa. Boleh tahan sedap jugak. 




Ini alamat Kabira pada sesiapa yang berhajat nak pergi:

No 9, ground Floor, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi
No telefon 03-89222000 


Fanpage Kabira Kabira by Fareeda

Landmark: Sebaris dengan Fareeda Exclusive
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
22 July 2016 at 11:20 delete

ala jauh la plak nak pi..
diorang boleh pos tak kak?
sedap eh, mcm teringin jgk nak try.. T_T

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
25 July 2016 at 20:24 delete

rasa mcm tak pos je. mehlah datang bangi. nnti blh jumpa :D

Reply
avatar