Resepi tempe goreng berempah untuk juadah berbuka puasa

Resepi tempe goreng berempah untuk juadah berbuka puasa.  Sebagai anak jawa (abah orang jawa), tempe merupakan makanan kegemaran saya dari kecik lagi. Mak dan abah dah tahu dah yang lauk feveret saya mesti tempe dan mereka siap label saya sebagai peminat tempe. Hahaha.

Saya pun tak faham kenapa saya suka tempe  di kala ramai orang tak menggemarinya dan saya juga tak kisah, macam mana cara ia dimasak, saya tetap suka makan. Tempe goreng berempah suka,  tempe yang dimasuk dalam kuah lodeh pun suka, tempe goreng kunyit pun suka, sambal tempe suka. sambal goreng tempe pun suka, dan macam-macam lagi makanan berasaskan tempe. 


Jadi baru-baru ni, saya buat tempe goreng berempah. Sebab dah lama tak buat, rindu pulak nak makan. Selalu goreng kunyit atau celup tepung je.

Ok ini resepi Tempe Goreng Berempah.  Sangat senang




Maaflah gambar tak cantik sebab gegar :D


Bahan-bahan 

Beberapa keping tempe
2 sudu serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
Garam secukup rasa
1 biji telur
3 sudu tepung beras


Bahan ditumbuk/ blend bersama

 Bawang putih 6 ulas
1 inci halia
Satu sudu kecil ketumbar
Satu sudu kecil jintan manis
Satu sudu kecil jintan putih


Cara-cara

1. Potong kecil tempe, ikut sukalah nak buat bentuk macam mana. Bentuk memanjang, bentuk bintang, empat segi sama, empat segi tepat. Bentuk apapun, tetap namanya tempe. haha. Tapi jangan kecil sangat pulak ye. 

2. Masukkan bahan yang di blend dalam bekas yang mengandungi tempe, tepung beras, telur, serbuk kari, serbuk cili, garam. 

3. Gaul sampai semuanya sebati

4. Goreng dalam minyak panas. Bila dah kekuningan bolehlah angkat. Cicah dengan sambal kicap. Memang sedap sangat

5. Kalau sambal kicap, cara saya, tumbuk 4 ulas bawang putih, cili padi lepastu gaul dengan 3 sudu kicap. 



Previous
Next Post »