Resepi ayam masak kicap pedas yang viral di FB memang sedap


Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam


Baru-baru ni saya ada mencuba resepi yang hangat diviralkan di FB iaitu ayam masak kicap pedas. Sajelah nak cuba bila baca komen-komen yang cakap resepi ni memang sedap. Maka saya dengan gigihnya pergilah kedai dan beli bahan-bahan yang takda dalam peti ais. Sebenarnya semua bahan-bahan dah ada, cuma yang takda, daun kari saja.

Bila dah siap masak dan rasa, mak oii sedapnyeeeeee

Serius sedap. Tak tipu

Lain dari ayam masak kicap yang saya selalu buat. 

Saya syak yang membuatkan resepi ayam masak kicap pedas ni sedap ialah daun kari dan cili kering yang ditumis. Dan juga bahan dan teknik perapan ayam selama setengah jam (rasanya lagi lama perap lagi meletup, tapi saya buat setengah jam saja). Anda mesti teruja nak cuba kan. Haaa, meh saya kongsi resepi. So kredit resepi dan semua gambar yang saya kongsi ini kepada Puan Selvanayagi Rajalingam iaitu tuan asal resepi yang tak lokek kongsikan resepi ayam masak kicap pedas ni pada umum ye. 


Bahan-bahan

Beberapa ketul ayam
Tomato setengah biji


Untuk perap ayam

Serbuk cili (1 sudu besar atau lebih kalau lebih pedas)
Kicap tamin dark soy sauce
Bawang putih 6-10 ulas (blend halus atau tumbuk)
1 inci halia (blend atau tumbuk sekali dengan bawang putih )
Secubit garam (tapi kicap dah masin. tak payah letak pun takpe)

Untuk tumis

Bawang besar sebiji (hiris)
Bawang putih 5 ulas (hiris)
1 inci Halia (hiris)
Daun kari (saya guna 20 helai)
5-6 cili kering 


Cara-cara, rujuk gambar ye

letak garam sikit
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

letak serbuk kunyit
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

letak bawang putih dan halia yang ditumbuk halus
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

letak serbuk cili
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

kicap tamin
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

rendam/perap ayam dengan kicap +bawang putih+halia+serbuk cili+serbuk kunyit
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

untuk tumis. bawang putih+cili kering+halia+bawang besar+daun kari
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

tumis kayu manis +bunga lawang dulu
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

lepastu masukkan daun kari+cili kering+bawang putih+halia
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

tumis sampai layu macamni
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

masukkan setengah biji tomato pulak
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

masukkan ayam yang diperap
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

tutup periuk supaya masak sekata
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

masukkan  lebihan kuah perapan ayam tadi dan teruskan masak sampai ayam-ayam betul masak ye
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

ok ni rupa bila dah siap. sedapnya, nyum-nyum
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam


Ok, silalah cuba untuk juadah berbuka puasa nanti.

==============================



 Baju kurung moden lycra dari Sweet Muslimah
(KLIK LINK DI BAWAH)

>>>>>KURUNG NAJWA <<<<<<
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Oyong Ilham
AUTHOR
5 October 2016 at 01:01 delete

wah ...ayam kecap ..sedaaaaaapnya ......

Reply
avatar