Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 27 June 2016

Pengalaman menunaikan umrah yang sukar dilupakan

Pengalaman menunaikan umrah yang sukar dilupakan. Masa bulan Ramadhan ni, ramai pulak yang tunjuk gambar sedang menunaikan umrah di kota suci Makkah semasa bulan mulia ni. Masih segar dalam ingatan, kenangan menunaikan umrah pada tahun 2011. Masa tu saya betul-betul baru selesai pengajian master dan saya pergi bersama seorang rakan serumah. Kami waktu tu masih berstatus bujang. Agensi yang menjadi pilihan  kami, atas cadangan mak dan abah, Tabung Haji Travel and Tours. 


Saya memang sangat berpuas hati dengan servis TH Travel ni. Tip top.  Sebelum pergi umrah, siap pergi kursus anjuran TH Travel. Dalam kursus dia cerita semua yang berkaintan dengan umrah, dan yang paling ditekankan sekali, bab pantang larang semasa ihram. Penting bab ni sebab ramai yang terlepas pandang. kalau pergi umrah tanpa ilmu takut nanti umrah kita tak sah.

Kami naik Malaysia Airlines, direct terus ke Jeddah. Perjalanan ambik masa lebih kurang 7-8 jam. Puas hati juga dengan Malaysia Airlines. Sebelum ni pernah juga naik Malaysia Airlines ke Beijing. Makanan sedap. Seat selesa. Ada screen tv di setiap seat, taklah boring dalam perjalanan. Pramuguari pun baik-baik.

Bila sampai Jeddah, kena tunggu di airport dulu untuk naik bas ke Madinah pulak. Rupa-rupanya, perjalanan dari Jeddah ke Madinah ambik masa hingga 4-5 jam dengan bas.  Rombongan kami ramai. Kalau tak silap saya, ada 4 bas lagi di bawah urusan TH Travel ni. Bersama rombongan kami ada mutawwif Indonesia yang berperanan bimbing untuk urusan jemaah umrah, dan juga sebagai tour guide untuk group yang saya join ni. 




Dalam perjalanan ke Madinah, ada beberapa kali ternampak pak arab mak arab Jeddah yang berkelah bersama keluarga di atas rumput di tepi jalan. Bagi saya ini pemandangan yang rare yang tiada di Malaysia. Mengikut cerita adik saya, orang arab memang suka berkelah kat mana-mana tempat yang ada rumput. Adik saya kata, masa di UIA dulu dia memang selalu nampak orang arab berkelah dan makan-makan di atas rumput di sana. Ini budaya mereka rupanya. Hahaha, baru tau. Itulah dia, bila kita travel, banyak perkara-perkara baru yang unik yang kita akan jumpa.

Dalam bas, makanan disediakan  iaitu nasi arab dan air mineral. Sedap jugak nasi arab diorang ni. 


Semasa on the way ke Madinah, sempatlah jugak tertidur. Maklumlah perjalanan jauh kan. Bila sampai saja bumi Madinah. Masya Allah, tak tergambar dengan kata-kata. Saya akhirnya dah jejak ke kota Madinah. salah satu dari dua tanah haram di atas muka bumi ni dan salah satu dari tiga sempat suci umat Islam di dunia. 

Saya nampak bangunan-bangunan besar dan kecil, sama seperti bandar-bandar di negara-negara lain, tapi bukan kota metropolitan ya. Kota Madinah bandar yang sederhana.

Masjid Nabawi yang indah. Sumber wikipedia

Madinah. Sumber themalaysiantimes.com.my


Kami semua di tempatkan di Hotel Moven Pick. Rupa-rupanya sebelah dengan Masjid Nabawii. Rezeki berjiran dengan Rasulullah untuk beberapa hari.  Oleh kerana hotel ni betul-betul sebelah Masjid Nabawi, maka kami hanya berjalan kaki saja. Tapi Masjid Nabawi besar, kedudukan Raudhah agak jauh dari pintu masuk yang bersebelahan dengan hotel ini.


Hotel Moven Pick. Sumber booking.com


Maaf, saya tida gambar peribadi untuk saya muatkan dalam cerita ini.Semua gambar telah hilang kerana laptop saya rosak beberapa bulan lepas. Makanya terpaksalah meminjam gambar google sebagai hiasan. 

Bersambung....(sebab nak perah otak ingat balik pengalaman umrah ziarah. Banyak dah lupa! Hahaha)

No comments:

Post a Comment