Tempat menarik di Negeri Sembilan: Ulu Bendul


Tempat menarik di Negeri Sembilan, Ulu  Bendul. Baru-baru ni kami balik kampung di Taman Tasik Jaya dan pagi Ahad lepas, abah ajak kami semua pergi sarapan pagi dan jalan-jalan di Ulu Bendul.  Saja ambik angin. Dah lama tak jalan area situ. Ulu Bendul ni antara tempat menarik di Negeri Sembilan selain Port Dickson yang famous tu. 

Perjalanan dari rumah emak abah saya dalam 15 minit je sebab dekat. Lebih-lebih lagi sekarang tak payah dah lalu Bukit Putus kalau nak ke Kuala Pilah.

Di Ulu Bendul ada kafe dengan bermacam-macam jenis sarapan dihidangkan. Tapi menunya sama juga di tempat-tempat lain. Ada nasi lemak, mee goreng, soto, nasi kerabu, nasi goreng, meehun goreng dan lain-lain. Harga pun standard macam di tempat lain juga, Saya ambik soto. Sedap jugaklah soto dia. 


tempat menarik di negeri sembilan



tempat menarik di negeri sembilan









Lepas sarapan, kami jalan-jalan kawasan sekitar sini. Jalan-jalan tengok sungai. Sejuk je airnya




 Di Ulu Bendul ada Taman Ular. Sempat jugak kami masuk Taman Ular ni. Saya pernah datang sini masa form 3 (tahun 1998), masa tu Taman Ular belum ada dan ada banyak kabin atau chalet disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kali ni datang, chalet tak banyak, mungkin dah dirobohkan untuk bina Taman Ular. Di Taman Ular, saya sempat tengok Ular Sawa Batik sedang cuba makan itik. Ular sawa di sini memang diberi makan itik atau ayam. Hidup-hidup tau sebab nature ular sawa nak makan yang fresh dan hidup, bukan bangkai. Seram jugak bila tengok tu. Meremang je tengok dia tengah belit itik.

Di sini ada jambatan  gantung juga. Saya tak berani naik. Haha. Sape yang berani tu bolehlah try naik. Di sepanjang Taman Ular ni ada trail disediakan.


Trail di Taman Ular


Jambatan gantung di Ulu Bendul


Jadi kalau anda sedang tercari-cari tempat menarik di Negeri Sembilan ni bolehlah bawak family ke Ulu Bendul. Boleh mandi sungai, boleh camping (ada campsite area),. jalan-jalan di Taman Ular, boleh juga bermalam di kabin dan chalet mereka. Hirup udara nyaman di sini, pasti menenangkan jiwa. Insya Allah.



Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Padin
AUTHOR
4 March 2016 at 21:06 delete

2 kali dah berkhemah di taman rekreasi ulu bendul ni...
iring student panjat Gunung Angsi...
Taman ular tu tak masuk pon... seram hihi

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
5 March 2016 at 13:33 delete

ular besar2 ada dlm tu. meremang je

Reply
avatar