Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 2 March 2016

Kenangan kuih abuk-abuk dan resepinya

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Bismillah walhamdulillah


Entry kali ni nak cerita tentang kuih abuk-abuk. Pernah dengar nama kuih ni? 

Tau tak kuih ni sebenarnya favourite saya sejak kecik.

 Tapi, zaman sekarang ni sangat susah nak jumpa. 

Kalau pergi Pasar Malam ke, Pasar Ramadhan ke, rasanya macam mustahil je nak jumpa.

Tapi tak tahulah kot senang dijumpai kat tempat lain.


Kuih ni bagi saya sangat sedap. Dibuat dari biji sagu, kelapa dan gula melaka. 

Sebenarnya ada kisah dengan kuih ni.

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, saya masih ingat masa tu umur saya 6-7 tahun. 

Pagi-pagi, akan dengar bunyi motor dan bunyi "pet-pet-pet"

Ahaa, bunyi pet-pet-pet tu sebenarnya bunyi hon.

Ada sorang makcik yang setiap pagi akan jual kuih-muih dengan naik motor dan bunyikan hon pet-pet-pet tu

Dan, mak mesti belikan kuih abuk-abuk tu untuk sarapan selain beberapa kuih lain (tak ingat dah, kuih lain tu kuih ape, kuih abuk-abuk ingat sebab favourite, haha!)

Kenangan bagi saya sebab zaman sekarang ni mana ade dah gaya orang jual kuih sambil naik motor dan bunyikan hon macamtu.

Zaman sekarang ni jual kat gerai-gerai je

Tapi kat tempat-tempat lain mungkin masih ada.

Dan, selain tu ada sorang lagi budak lelaki yang jual kuih sambil melaung "Kuih! Kuih !

Mak saya pun pernah juga beli dengan kuih dengan dia.

Kalau tak silap budak lelaki tu jual karipap dan nasi lemak kot (sungguh tak ingat)

Agaknya makcik dan budak lelaki yang jual kuih tu ape khabar ye?

Wondering kejap :P

Ok, inilah rupa kuih abuk-abuk.



(Gambar pinjam ni)

sumber foto: www.akuanakpahang.blogspot.com



Resepi kuih abuk-abuk saya ambil dari blog Zulfadreamland : Resepi kuih abuk-abuk

Bahan-bahan

300 gram sagu biji

1/2 biji kepala parut (bahagian lembut sahaja)

Daun pisang (dipotong segi empat sama)

 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah

Lidi (kerat kecil) untuk sematan atau boleh guna stapler

2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan

2. Satukan sagu biji dengan kelapa dan garam, dan digaul rata.

3. Daun pisang dibentuk seperti kon untuk dibuat kelonsong. Masukkan adunan bahan ke dalam kelonsong sehingga separuh penuh

4. Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah

5. Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, nanti susah nak lipat hujung)

7. Kukus selama 30-40 minit dan sedia untuk dihidangkan



Yumss, Sedapnya. Cara-caranya pun mudah saja. Saya belum pernah buat kuih abuk-abuk ni lagi, tapi

pernah buat sagu gula melaka. Lebih kurang je rasa dia tapi sagu gula melaka tu tak pakai daun pisang dan

tak pakai kelapa. Sedap makan masa sejuk-sejuk.

Ok nanti boleh try bila rajin ~







2 comments:

  1. ciktom xpernah lagi makan atau jumpa kuih abuk2 ni..

    ReplyDelete
  2. Kuih ni mmg susah nk dpt zaman skrg ciktom.klu x silap kuih tradisi org johor. Nnti sy cek blk
    hehe. Lm x makan. Rindu plk

    ReplyDelete