Di mana nak beli tudung dan telekung kanak-kanak yang cantik?

Di mana nak beli tudung kanak-kanak yang cantik dan comel-comel secara online? Ahaa, di facebook kadang-kadang ada rakan-rakan yang bertanya secara umum di status soalan ini seperti ini. Maknanya zaman sekarang ni ramai ibu bapa dah mula dedahkan anak perempuan mereka yang masih kecil untuk memakai tudung.  

Alhamdulillah itu satu perkembangan yang baik. Walaupun perintah menutup aurat sepenuhnya adalah selepas anak perempuan mencapai umur baligh, tetapi tak salah kalau ibu bapa nak mulakan didikan dari awal. Dan mereka mula mencarikan tudung  untuk anak perempuan mereka. Anak perempuan saya sendiri sekarang berumur 3 tahun dah mula nak meniru saya dalam macam-macam hal, hahaha. Tergelak bila tengok gelagat dia. Bila saya nak pakai telekung untuk solat, dia pun nak pakai telekung juga. Bila saya nak pakai tudung untuk ke kedai, dia pun akan cari tudung saya dan minta saya pakaikan. masalahnya tudung saya jenis besar dan bila dia pakai of course terseret ke lantai. Bila kita tak bagi dia pakai, mulalah nak tunjuk ragam. Sabar je kan.

Alhamdulillah, ada satu website yang memang menjual tudung khas untuk kanak-kanak. Yang menariknya bukan setakat tudung, ada telekung , ada jubah  dan  ada juga dijual tudung sekolah. Comel-comel dan cantik-cantik . Rambang mata dibuatnya. Tudung pulak ada banyak jenis. Ada instant shawl,  ada tudung dengan awning jenis lembut, ada inner. Cantik-cantik pulak tu, dengan kombinasi warna yang pelbagai menambahkan lagi keceriaan tudung kanak-kanak ini,  Yang bestnya ada tudung ikut jenis umur, dari umur bayi bawah 3 tahun sampailah umur remaja. Harga setiap tudung juga mampu milik. 

Di mana nak cari tudung kanak-kanak jenis soft awning dan jenis  instant shawl yang cantik dan comel secara online?

Jawapannya ada di sini. 





Inner

 Jenis instant shawl

Tudung sekolah



Telekung kanak-kanak
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
cik tom
AUTHOR
8 March 2016 at 09:11 delete

cik tom pun suka survey tudung si comel ni untuk anak buah..comel2 modelnya..

Reply
avatar
Zie Has
AUTHOR
8 March 2016 at 21:51 delete

comel-comel semuanya :)

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
9 March 2016 at 12:44 delete

untung anak buah cik tom :)

Reply
avatar