Bercuti di Korea musim bunga day 4

Bercuti di Korea musim bunga day 4. Sambungan dari entry Bercuti di Korea musim bunga day 3

Hari keempat, 14 April 2015 dan juga hari terakhir untuk berjalan-jalan di bandar Seoul. Masa ni dah start rasa sedih sebab esoknya dah kena balik. Tak puas weh jalan-jalan kat sini. Harini kami nak makan ikan bakar di Dongdaemun. So tengahari tu siap-siap terus pergi ke metro station untuk naik subway. Kalini Insya Allah takkan sesat sebab adik dah buat research sehari sebelum, cara yang lebih tepat untuk ke sana. 

Sebelum makan ikan bakar, kami singgah sekejap di Cheonggyechon Stream. Apa itu Cheonggyechon Stream? 

 Cheonggyechon Stream ni sebatang sungai yang mengalir di sepanjang bandar Seoul. Panjangnya 10.9 km. Mengikut sejarah,sungai ini dahulunya sangat teruk, kotor dan penuh sampah tetapi pada tahun 2003, pemerintah di Seoul menggiatkan usaha untuk restore semula sungai ini agar jadi lebih bersih, lebih elok, lebih baik paras rupa. Dan hasilnya sungai ini sangat jernih airnya dan bersih dari sampah sarap. Siap boleh celup-celup kaki kat sini. Tak geli pun. Siap ada banyak ikan berenang dengan riang ria.
Dia lebih kurang macam Sungai Gombak-Sungai Klang di tengah-tengah bandar KL nun, tapi sungai ini bersih berseri ok. Sungai yang KL tu warnya macam teh tarik. Haha.  









Lepas makan kami singgah underground shopping center dan petang tu terus balik guest house sebab semuanya dah kepenatan. Jadi, berakhir sudah travelog saya untuk keempat-empat hari. Rindulah nak pergi Korea lagi. Pengalaman travel ke Korea ni sedikit sebanyak membuka minda saya tentang budaya bangsa lain. Nanti kalau rajin saya cerita sikit tentang sikap orang-orang Korea di Seoul setakat pemerhatian saya secara umum. 

Insya Allah sedang merancang nak datang lagi ke Korea musim autumn atau snow. Lagipun banyak tempat tak jejak kaki pun antaranya Pulau Nami, Myeongdong, Nadameun dll.

 Oh ya, Japan pun dah masuk dalam list. Semoga dipermudahkan urusan nak kembara bumi Tuhan lagi~


Semua kisah yang saya coretkan tentang bercuti di Korea, boleh klik link ini; Travelogue Korea Selatan



=======================

cadangan buku panduan ke Korea : I'm a Backpacker Korea





Previous
Next Post »