Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 31 March 2016

4 amalan untuk dipermudahkan bersalin



Ada carian yang sampai ke blog saya, doa untuk dipermudahkan bersalin. Walaupun dah 3 tahun berlalu proses kelahiran anak saya Sumayyah, takpe kot kalau saya kongsi di sini. Ada sesetengah tips saya perolehi dari pengalaman sahabat dan pembacaan saya. 

Mana tahu ada rezeki untuk dapat anak lagi, boleh saya rujuk semula di blog ini. Hehe


1. Baca Quran dan Yassin setiap hari

Bacalah Quran setiap hari. Hati dan jiwa jadi tenang dan fadhilatnya sungguh besar sekali. Tambah-tambah ibu yang bakal bersalin ni berdebar dia tu tak tau nak describe macam mana kan. Jadi eloklah baca Quran



2.  Banyakkan bersedekah

Sedekahlah kerana dengan sedekah ada banyak kelebihan. Seeloknya semasa bersedekah tu, niatkan supaya dipermudahkan proses bersalin. 

Sumber foto: Darusyifa' online

Mafhumnya: Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan ) kesulitan orang lain.

(Hadith riwayat : Imam Ahmad)


3. Perbanyakkan berdoa dan berdoa secara spesifik

Ya, kuasa doa ini sebenarnya sangat hebat dengan syarat berdoa dengan penuh keyakinan yang doa itu dimakbulkan. Berdoa juga perlu spesifik dan jelas.


Nak dipermudahkan bersalin, tapi mudah yang macam mana? 


" Ya ALLAH, permudahkan urusanku bersalin ini, jadikanlah bayi ini keluar secara normal,lancar, tenang dan singkatkanlah tempoh kesakitan ini hanya 30 minit saja. 


Ini contoh doa yang spesifik dan jelas. Sungguh, saya memang selalu buat. Sebenarnya saya baru tahu tentang teknik berdoa yang betul. Kalau sebelum-sebelum ini doa tu terawang-awang je. Tak jelas. Tu yang doa lambat makbul.


Nampak macam kelakar kan? Tapi inilah cara doa yang saya kerap lakukan sekarang selepas tahu teknik berdoa yang betul.


4. Amalan zikir dan selawat

Zikir ni umpama terapi. 

Lagi banyak kita zikir, semakin tenang hati, dan bila hati tenang,
 jiwa dan hati semakin dekat dengan Allah, 

dan seterusnya apa yang kita hajatkan menjadi makbul.

Berzikirlah dengan penuh penghayatan dan 100% penyerahan pada Allah. 

sumber: nurmimy.blogspot.com



Semoga tips ini sedikit sebanyak 
dapat membantu ibu-ibu yang sedang menghitung hari 

menunggu masa melahirkan bayi kesayangan penyejuk di mata penawar di hati ~ 







No comments:

Post a Comment