Tips jemput rezeki dengan bersyukur

Tips jemput dan menarik rezeki dengan bersyukur. 




jemput rezeki



Saya nak cerita sedikit pengalaman saya dalam menjemput rezeki dengan bersyukur.

Bagaimana saya jemput rezeki dengan bersyukur?

Caranya dengan menulis jurnal kesyukuran. Setiap hari saya akan catatkan 10 perkara yang menarik dan menggembirakan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi bukan semestinya berita gembira, apa saja nikmat yang saya peroleh saya akan catatkan dalam buku jurnal termasuklah dapat makan nasi kerabu, dapat tidur lena setiap malam, dapat cuci pinggan mangkuk dengan lancar kerana bekalan air paip yang mencukupi.

Sungguh, bila saya amalkan tips ini setiap hari, saya rasakan banyak urusan saya dimudahkan. Hati rasa tenang. Jualan juga meningkat. Banyak kali saya perhatikan, setiap kali selepas saya menulis jurnal kesyukuran, order masuk menderu-deru. Alhamdulillah. Itulah yang dinamakan menjemput rezeki dengan bersyukur. Saya telah merasa keajaiban bersyukur. Benar janji Allah. 

Perlu kita ingat, rezeki bukan saja dalam bentuk wang saja ya. Ketenangan, kelapangan masa, makanan dan minuman yang cukup, ramai orang menyayangi kita, ada anak yang sihat dan aktif juga satu nikmat. Rumah yang selesa untuk berteduh dari hujan dan panas dan bahaya, kenderaan yang elok, selesa dan tak meragam, tubuh badan yang sihat juga satu rezeki. Pendek kata kalau disenaraikan memang tak cukup-cukup kertas untuk kita catatkan nikmat dan rezeki yang Allah bagi pada kita.




jemput rezeki melimpah ruah


Bukankan Allah telah berfirman



"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -

(Surah an-Nahl, ayat 18)




Bagaimana bersyukur boleh mendatangkan rezeki?


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)


Dengan bersyukur sebenarnya kita telah latih minda kita untuk fikir dan tarik perkara-perkara baik saja. Walaupun bukan takde pun perkara tak best yang berlaku dalam hidup kita ni, tapi kita tak terlalu memikirkan tentangnya. Pernah dengar tak Law of Universal Attraction? Minda kita ni sebenarnya boleh fokus satu gelombang saja dalam masa satu masa. Kalau minda kita ni minda dengan gelombang positif, maka automatik kita akan sentiasa tertarik dengan perkara-perkara baik saja. Begitu juga sebaliknya kalau minda kita ni minda dengan gelombang negatif. 



Saya mula serius menulis jurnal kesyukuran setelah membaca banyak kisah dari pengalaman orang yang mengamalkannya. Saya juga terinspirasi dari e-book 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah yang ditulis oleh saudari Nora Yusof. Menjemput rezeki dengan bersyukur ada dikupas di dalam ebook ini. 



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh click link di bawah

Formula Rezeki Melimpah Ruah



Kalau anda tak percaya, anda boleh cuba hari ini juga dan teruskan menulis jurnal kesyukuran. Dan lihatlah apa yang bakal berlaku kepada hidup anda nanti. Jom kita positif dan bersyukur.

Haa.. macamane? Pilih, nak bersyukur atau merungut? Pilihan di tangan anda. :)
Previous
Next Post »