Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah


Resipi ayam goreng berempah simple dan mudah.

Tak sampai 4 bulan menghampiri bulan Ramadhan. Ini haa, saya dah sediakan resepi ayam goreng berempah untuk anda rujuk sebagai menu berbuka puasa dan bersahur nanti. Haha poyo je.   

Saya sebenarnya banyak merujuk resepi di siniAyam goreng berempah sedap dari blogger Aziejaya dan Resepi Ayam Goreng Berempah Bila Goreng Rempah Elok Melekat Di Ayam dari blogger Mamaqaireen.

Memang sedap. Sampai sekarang teringat-ingat.

Kenapa saya kata resipi simple dan mudah? Sebab senang sangat nak buat. Tak perlu timbang, tak perlu ukur, tak perlu kira. Dah dua kali buat. Kebanyakan bahan-bahan untuk buat ayam goreng berempah ada di dapur. Maka apa lagi,  bila dah terlintas nak buat tu terus buat. Ikut tekak saya memang sedaplah. Terasa di lidah semua rempah-rempahnya.  

 Suami pun suka dan dia paling banyak makan dan ratah ayam goreng berempah ni. Dengan krup krap dia tu. Makan kerak-kerak dia saja dengan nasi pun dah sedap. Dengan syarat kena perap ayam lama sikit. Saya perap 3 jam. Pernah perap 1 jam saja, tak terasa sangat rempah dia. Ok, kalau nak buat resepi ni kenalah plan elok-elok sebab ambik masa nak thaw dan perap ayam.

Kalau dapat perap semalaman lagi sedap. Insya Allah






Ok, ini bahan-bahan untuk Resepi  MudahAyam Goreng Berempah

Ayam 4-5 ketul
3 sudu serbuk kari
3 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili (kalau nak pedas lagi boleh letak banyak sikit)
Daun limau purut 4-5 helai dikoyak/diracik halus
Bawang merah 5 biji *
Bawang putih 5 biji *
Halia 2 inci*
Lengkuas 2 inci (saya tak letak)*
2 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu jintan putih*
1 sudu jintan manis
1-2 batang serai 
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung


bahan bertanda * semua tumbuk halus ya


Cara-cara, masukkan semua bahan dalam 1 bekas, masukkan ayam dan gaul mesra. Perap 3 jam atau lebih untuk rasa yang lebih berempah. Bila dah kuning keperangan campur hitam-hitam sikit (jangan hangus pulak), bolehlah angkat. Goreng dengan api perlahan supaya bawang-bawang dan rempah-rempah yang jadi krup krap tu tak hangus.


Sebenarnya saya guna bahan-bahan ini juga untuk buat tempe goreng berempah. Sebab saya peminat tegar tempe. Masya Allah, memang sedap sangat. Anak saya pun suka makan tempe ratah-ratah je. Jadi memang sesuai sangatlah untuk jadikan ia sebagai snek untuk anak kita makan-makan. 

Ok sekian bebelan saya untuk hari ini. Selamat mencuba resepi ayam goreng berempah simple dan mudah :)

=====================




 Baju kurung moden lycra dari Sweet Muslimah
(KLIK LINK DI BAWAH)

>>>>>KURUNG NAJWA <<<<<<

Previous
Next Post »