Makan-makan di Senawang: chicken chop RM5


CHICKEN CHOP RM5 DI SENAWANG. Malam tadi, adik saya ajak kami makan di Dapur Berasap yang terletak di belakang Giant Senawang. Bila mula-mula dia cakap ada chicken chop RM5 tu terkejut jugak. Ada ke zaman sekarang chicken chop harga RM5?


Bila sampai kedai tu tengok orang ramai jugak yang makan kat situ. Ada few meja yang kosong di bahagian yang berdekatan dapur.  Kami terus pilih tempat dan staff kedai pun datang bawak menu.

Belek-belek menu, baru faham. Yang harga RM5 hanyalah chicken chop. Ada menu lain jugak tapi harga standard macam restoran western yang lain. Saya dan adik pilih chicken chop. Untuk Sumayyah pun saya pilihkan chicken chop. Mak pilih beef steak. Beef steak harga RM10.

Untuk chicken chop ada 4 pilihan kuah

Blackpepper
Mongolian BBQ
Buttermilk
Mushroom

Saya pilih sos blackpper, adik pilih Mongolian BBQ, Sumayyah saya pilihkan kuah mushroom sebab tak pedas.  Ambik sos tambahan, Buttermilk sebab teringin nak rasa. Kalau nak sos tambahan, tambah RM1 untuk satu mangkuk kecil.



dapur berasap
Pilihan saya chicken chop

chicken chop RM5
SUMBER FOTO: FB DAPUR BERASAP

chicken chop RM5
SUMBER FOTO: FB DAPUR BERASAP


Bila dah makan, bagi saya oklah. Sedap jugak sos blackpepper, Mongolian BBQ dan mushroom dia. Tapi yang pelik sikit, sos buttermilk. Rasa manis campur pedas dan ada rasa kari-kari sikit. Sos buttermilk warna putih. Saya rasa diorang guna susu pekat manis, dan rasa pedas tu datang dari daun kari yang dia letak sekali dalam sos tu. Unik dan pelik. Haha. 

Ayam dia rasa biasa-biasa je, tapi sos-sos dia tu yang buatkan dia rasa sedap. 

Beef steak mak saya tak rasa jadi tak boleh nak buat ulasan.

Jadi kepada penduduk Senawang dan Seremban yang nak makan Chicken Chop dengan harga murah, boleh datang sini. 

Boleh tengok details di sini, FB DAPUR BERASAP

Previous
Next Post »

5 Komen

Write Komen
anajingga
AUTHOR
5 February 2016 at 17:27 delete

hye nur sabrina , singgah sini petang jumaat, murah tu chicken chop rm5 memang tak dapat dah kat mana-mana kan.. :)

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
5 February 2016 at 18:23 delete

memang murah anajingga. trm kasih singgah. salam perkenalan :)

Reply
avatar
5 May 2016 at 21:49 delete

Restoran ni bukak siang tak ?

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
19 July 2016 at 23:06 delete

buka dari petang sampai malam saja. 5 pm- 12 am

Reply
avatar
Oyong Ilham
AUTHOR
5 October 2016 at 00:59 delete

kapan kapan saya mau mampir kesini .. mau menikmati menu makanan yang disajikan

Reply
avatar