Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 9 February 2016

Buku I'm Backpacker Korea

Buku I'm Backpacker Korea


Saya sebenarnya belum memiliki buku I'm Backpacker Korea ini tetapi dalam perancangan mendapatkannya. 

Saya ada lihat-lihat sample isi kandungannya di google apps. 

First time baca dan belek, whoaa.. bagusnya. 

Secara ringkas berdasarkan info yang saya dapat dari sample tersebut, 
boleh saya katakan yang buku ini menarik, ada banyak info yang boleh diguna pakai 
lebih-lebih lagi untuk mereka yang bakal travel ke Korea untuk pertama kali.

Buku  ini sangat sesuai untuk anda yang bakal bercuti ke Korea secara backpacking
dan sedang mencari-cari panduan untuk ke sana nanti. 

Ada tips untuk survival skill,  info tentang negara Korea termasuk sejarah dan budaya-budayanya, info tentang musim-musim di Korea, dan tips agar tidak sesat di Seoul. 

Bagus tau sebab dengan info macamni kita boleh buat preparation yang secukupnya. 

Contohnya kalau musim sejuk, barang apa yang patut dibawa dan pakaian macamne yang patut kita pakai. 

Jangan main-main, Korea ni kalau musim sejuk, memang sejuk betul. Dan kalau panas tu, memang panas sangat.  

Haa, macamne nak survive di Korea?  Kalau nak buang air kecil, terus terang saya cakap, agak susah sikit ya. 

Selain Seoul, 

Busan dan Jeju juga ada diceritakan dalam buku ini. 

Yang menariknya ada juga diceritakan tentang tukaran antara Ringgit Malaysia dan Korean Won. 

Penting info ni. Jadi bolehlah kita prepare siap-siap berapa budget kita untuk belanja di sana nanti. 

Jadi, saya cadangkan kepada anda yang bakal ke negara ini,eloklah dapatkan buku ni ya. 

Kalau saya pergi Korea sekali lagi, 

memang akan dapatkan cepat-cepat sebab buku ni selain info yang menarik, 
dengan buku ini anda boleh dapat diskaun menginap di guest house yang terdapat di Shin Chon 

Hostel Guest House, dengan syarat kena bawa buku ni sekali.

Anda boleh beli buku ini secara online di sini. Klik link di bawah



panduan bercuti di korea secara backpacking

Panduan bercuti di Korea
Tips bercuti di Korea

tips bercuti di Korea


=========

Selain buku, anda juga boleh dapatkan kad panduan untuk backpacker ke Korea

iaitu Naracards.

Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut
Naracards Seoul Set

No comments:

Post a Comment