Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 9 February 2016

Penginapan di Korea: 2C House Hotel GuestHouse

Penginapan di Korea:  2C House Hotel GuestHouse. 

Nak cerita serba sedikit pengalaman menginap di  2C House Hotel Guest House, 
selama 5 hari 4 malam. 

Guest House ni terletak di Wangsimni, Seoul. Kami book melalui Agoda. 

Guest House yang strategik

Guest house yang strategik sebab dekat dengan pelbagai kemudahan 
dan pusat pengangkutan awam.


Apa yang dekat?





Dekat dengan Shopping mall yang besar nama Wangsimni Plaza. 
Plaza ni ada tempat untuk shopping barang-barang untuk masak-masak. 

Kami jumpa minuman 3 in 1 jenama Ali Power, produk Malaysia. 

Di sini juga ada kedai roti. Untuk Muslim, dicadangkan hanya beli roti putih plain sahaja (atas suggestion student Malaysia). 

Plaza ni juga ada kemudahan berpusat.

Dekat dengan Stesyen KTX (boleh pergi Pulau Nami dan Busan)

Dekat dengan Metro Station (subway)

Dekat dengan Bus stop untuk tunggu bas dan teksi. Bas boleh pergi ke airport Incheon directly.

jalan depan guesthouse kami





Nampak tak bangunan besar sebelah kiri yang naik atas bukit tu? 
Itulah Wangsimni Plaza, yang ada kemudahan berpusat (mall, KTX, subway dll)

Dekat dengan convenience store- GS 25 dan Seven Eleven.

Farmasi pun ada. Kena jalan sikit di area belakang guest house. 

Seven eleven boleh beli telur, nasi segera dan banana uyu serta coffee dalam tin. 

Minuman-minuman kat sini bukan semua halal jadi kena hati-hati.

Kalau nak beli makanan dan minuman di sini, kena rajin cek di google. 

Ada website khas untuk kenalpasti makanan halal dan makanan haram di Korea. 

Adik saya la yang paling rajin tolong cekkan jenama-jenama yang boleh dimakan (maaf saya tak ingat nama website ni). 

Tapikan, saya baru terjumpa blog ini. 

Bagus info-infonya tentang makanan halal di Korea. 

Boleh layari website ini Have Halal Will Travel.

Guest house ni dekat dengan Hanyang Medical University. 
Jadi bila kami jalan-jalan di sekitar kawasan ni, memang penuh dengan anak muda saja. 

Guest House ni ada jenis apartment dan jenis single room juga. 
Kami menginap di apartment sebab dalamnya ada 4 bilik. 

Satu bilik dengan katil queen+ katil single (sesuai untuk family), satu bilik dengan katil queen. 

Dua bilik lagi masing-masing ada 1 katil single.  Jadi apartment ni muat untuk 7 hingga 9 orang. 

Bilik dengan satu katil single



Bilik satu katil queen, satu katil single






bilik dengan satu katil single




Satu bilik yang ada katil queen sahaja takda gambar pula.





Kemudahan yang ada

Kemudahan yang ada, 1 bilik air, dapur ringkas  dengan dapur gas kecil dan microwave, 
sinki, televisyen di setiap bilik, meja dan almari. 

Juga ada wifi yang laju, dispenser air panas dan air sejuk di luar bilik dan heater 
(orang Korea panggil Ondol).


mesin basuh dan iron



Ada juga iron dan mesin basuh (tapi kami tak guna), 
dan ruang duduk-duduk  di bahagian tepi guest house 
(kami tak lepak sini sangat sebab cuaca agak sejuk dan selalu hujan).



tempat lepak-lepak





Sarapan Pagi

ini menu kami



Tapi, breakfast tak disediakan.

Jadi kami sarapan dengan barang-barang yang dibeli di convenience store iaitu  roti putih plain, telur, nasi segera. 

Makan dengan lauk  kari daging Brahim. 

Syukur ada dispenser, jadi boleh bancuh air panas.


Sistem Password

Yang menariknya, pintu utama dan pintu semua bilik guna sistem password. 

Owner guest house akan bagi code dan setiap orang kena hafal code tu kalau nak buka pintu. 

Bukan masuk dari luar je. 

Nak keluar dari bilik pun kena pakai password tau. 

Jenuh jugak nak mengingatnya. 

Tapi memang canggihlah sistem keselamatan dia. 

Bukan kat guest house ni je, tapi seluruh Seoul guna sistem password. 

Jadi orang susah sikit nak ceroboh. 

Tapi jangan risau, Seoul ni insya Allah selamat dan kadar jenayah sangat-sangat rendah. 

Kalau tak silap saya, Seoul pernah diisytihar bandar 'zero' jenayah.

Rasa selamat di Seoul

Sungguh, sepanjang keberadaan kami kat Seoul rasa selamat sangat-sangat. 

Tak risau dengan penyeluk saku, tak risau dengan peragut, 
tak risau dengan penculik, tak risau dengan pencuri dan perompak, 
tak risau dengan gangguan seksual lelaki.  

Rasa tenang, rasa selamat. 
Di sini, orang Korea kalau jalan tu masing-masing jalan straight dan tak pandang-pandang orang pun. Takde mata-mata liar yang memerhatikan kita pun. 

Kesimpulannya 2C House Hotel Guest House memang best dan puas hati.

Insya Allah kalau datang sini lagi akan book guest house ni.

Owner dia pun baik dan helpful, walaupun dia tak fasih berbahasa Inggeris,

seboleh-bolehnya dia akan tolong juga bila kita perlukan apa-apa.

update:  saya dapat maklumat 2C House Hotel sudah tidak beroperasi. 



Entry lain berkaitan travelog Korea Selatan >>>Travelog Korea Selatan<<<





=========================


Anda merancang untuk bercuti di Korea?

Saya ada cadangan cara yang boleh bantu anda travel sendiri ke Korea Selatan dengan lebih mudah dan jimat.

Ia merupakan kad panduan yang berkonsepkan seperti bussiness cards yang mempunyai informasi tempat-tempat menarik di Seoul , Busan dan Jeju.

Contoh kalau anda nak ke Cheonggye Plaza dengan menaiki subway (rujuk gambarajah di bawah), di dalam kad ada tertulis Subway Line 5 yang anda perlu naik dan berhenti di stesyen Gwanghamun exit 5.





Stesyen subway ada banyak exit. Kalau tak hati-hati, kita boleh tersesat.

Jadi kena ada maklumat yang mencukupi sebelum travel ke Seoul.
Memang memudahkan anda, sebab tak payah rujuk di map besar di stesyen subway!

Hanya rujuk kad yang ada di tangan anda saja.


Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut: 



Naracards Seoul Set







No comments:

Post a Comment