Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 18 February 2016

Apa yang menarik di Bandar Baru Bangi pada mata saya


Apa yang menarik di Bandar Baru Bangi (BBB) ya? Tak sangka besar jugak carian tentang BBB di google. Sebagai seseorang yang pernah tinggal di BBB sejak tahun 2002 sehingga 2012 saya nak cerita sedikit keistimewaan Bandar Baru Bangi di pandangan mata saya. 

 Mula-mula sekali bergelar pelajar di UKM Bangi. Selepas belajar, saya bekerja dan duduk pulak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dan sekarang menetap bersama suami di sebuah kawasan bersempadan BBB iaitu di Bandar Bukit Mahkota. 

Bandar Baru Bangi kiranya sudah sebati dengan kehidupan saya. Pelbagai pahit manis dirasai. Chewah. 

Apa yang menarik di Bandar Baru Bangi?


Surau dan masjid yang banyak dan imarah

Bandar Baru Bangi  banyak surau dan masjid.  Saya percaya kat tempat lain pun mungkin sama jugak tapi ini nak cerita tentang Bandar Baru Bangi sebab saya pernah duduk di sini. Hampir setiap seksyen di BBB akan ada surau. Maknanya memang berdekatan antara satu sama lain.

 Dan yang bestnya bukan setakat banyak, tapi imarah pula. Semasa saya duduk di Seksyen 1 dulu,  saya kerap datang ke surau Annur untuk solat jamaah maghrib dan isyak (walaupun bukan setiap malam. Isk, tak rajin sebenarnya). Hampir setiap malam ada kuliah maghrib isyak. Setiap hujung minggu pula ada kuliah khas untuk muslimat. Juga dekat dengan Darusyifa' tau. Kalau hari ada kelas Darusyifa' tu, memang penuh kawasan ni dan orang yang datang bukan dari Bangi tapi seluruh Malaysia untuk berubat dan belajar tentang perubatan Islam. 

Bila masuk je waktu solat, azan bersahut-sahutan. Syahdu betul. Bila bulan Ramadhan lagilah. Petang-petang ada agihan bubur lambuk. Malam solat tarawih. Kalau solat tarawih biasanya saya akan jalan kaki dengan housemate dan solat di surau al Umm. 

Masjid Hasanah. Sumber foto : e-masjid.jais.gov.my.


Masjid Hasanah tahu? Yang kubah hijau tu. Sentiasa penuh dengan orang bila masuk waktu solat. Pernah sekali saya lalu dekat dengan masjid semasa masuk waktu Asar. Saya nampak beberapa orang mekanik dengan baju penuh kotoran minyak pergi ke masjid untuk solat. Saya percaya diorang akan tukar baju untuk solat. Yang saya nak cerita adalah, meriahnya masjid ni dengan kehadiran orang ramai untuk solat berjamaah walau mereka sedang sibuk. 


Bandar Baru Bangi bandar IPT

Bandar Baru Bangi ni sebenarnya berada di tengah-tengah lingkaran ilmu. Dekat dengan universiti dan kolej antaranya UKM, UPM, KUIS, KPTM, MFI, GMI, USIM, UNITEN dll. Terasa diri penuh ilmu kalau menetap di BBB tau. Haha (acah je).


Fashion-hub Busana Muslimah


Sape peminat fesyen busana muslimah mesti tahu kan. Mana lagi kalau bukan Bangi Sentral. Mujur saya bukan peminat fashion busana muslimah. Kalau tak agaknya hari-hari lepak kat sana. Sebut je nama butik Calaqisya, Bella Ammara, Leeyana Rahman. co, Imaan Boutique, Benang Hijau, Zawara, Minaz, D'yana, Felinna Boutique dan macam-macam lagilah. Haha, tak larat nak senarai satu-satu sebab banyak sangat. Pernah beberapa kali sampai sini. Parking selalu penuh dan jalan sesak! 

Saya datang sini pun untuk teman adik belikan baju persiapan majlis kenduri bulan 11 tahun lepas. Sape-sape yang nak datang sini, elok cari parking di luar kawasan Bangi Sentral untuk elak dari terperangkap di kawasan ni. Percayalah cakap saya, susah nak cari parking dan jalan sesak hampir setiap hari.



Banyak restoran terkenal


BBB  sekarang  ni dah jadi tumpuan usahawan restoran terkenal untuk buka cawangan di sini. Papparich, Fizo-Mawar, Me'nate Steak Hub, Chemistry Cafe + Lab (sebelum ni ada di Shah Alam saja), Zawara Coffee, Mee Tarik Warisan. Ustaz Ebit Lew pun ada buka restoran dia sendiri nama Paramount Cofee. Jadi peminat-peminat makanan bolehlah terjah BBB. Banyak pilihan restoran kat sini.


Bandar Baru Bangi walaupun  bukan tempat peranginan, dia bukan ada pantai, bukan ada air terjun pun tapi selalu je ramai orang. Saya heran juga pada mulanya, tapi bila tengok kat sini ada banyak IPTA dan IPTS, no wonderlah. Mesti ramai orang yang datang ke sini dengan macam-macam urusan, daftar pengajianlah, tengok anak konvokesyenlah, jumpa supervisorlah dan macam-macam urusan lagi.





4 comments:

  1. setuju semua yang Sabrinna listkan tu. ena now menetap di Bagi juga. since 2010;)

    ReplyDelete