Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor dan Batu Feringghi- Bahagian 3

Sambungan dari sini:  Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor dan Batu Feringghi-Bahagian2


Lepas check out di Uptown Beach Resort, kami pun bergerak balik. Dalam perjalanan nak balik tu bukan terus pergi jeti, tapi pusing-pusing pulau dulu. Dalam sejam juga ambik masa. Sempatlah singgah beberapa tempat, antaranya Galeri Pulau Pangkor (macam muzium), kilang buat sate ikan dan makanan laut dan Kota Belanda. 


Bertolak ke Pulau Pinang

Dalam pukul 12 tengahari, bertolak ke Pulau Pinang pulak. Lalu jalan kampung. Tapi sepanjang perjalanan saya tertidur. Rugi betul. Kalau tak boleh tengok pemandangan kampung.

Masuk ke Pulau Pinang melalui jambatan ke dua. Waktu lalu jalan Balik Pulau- Batu Feringghi, saya mual. Mungkin sebab jalan dia berliku-liku yang amat. Syukur tak muntah. Masa ni ada lalu kat kawasan yang pemandangan lautnya sangat cantik, tapi saya tak dapat tengok sebab pening. Ruginya rasa.

Sampai-sampai je terus cari tempat penginapan. Cari-cari punya cari takda satu pun yang memuaskan hati. Jadi ambil keputusan pergi tepi pantai di Batu Feringghi dan redah je cari chalet atau guest house yang masih kosong. Syukur lagi, terjumpa satu guest house yang nampak menarik. Pergi tanya staff guest house, dia kata tinggal satu je lagi bilik yang masih kosong. Ada lagi bilik lain, tapi bilik yang ada bilik air kat dalam tinggal satu je. Tengok guest house tu ok je. Tepi pantai, kedudukan strategik sebab dekat dengan kedai makan. Bersih pun bersih. Nampak decoration dia pun menarik juga. Nama guest house ni, Ali's Guest House. Saya rekemenkan anda yang nak bercuti ke Pulau Pinang, booklah guest house ni. Sangat sesuai untuk backpackers juga, orang bujang dan mereka yang tak kisah tidur di katil double decker. Ahaha.  Harga satu bilik RM170.

Bilik kami ada 5 katil. Dua double decker, satu lagi single. Bilik air bersih, cadar wangi dan kemas (nampak macam baru lepas dibasuh). Ada wifi. Ada televisyen (kami tak tengok tv pun). Tapi kat sini tak boleh bising-bising sangat sebab jiran-jiran boleh dengar kita sembang. Kalau sape-sape yang duduk bilik atas, jangan lasak sangat ok. Hahaha. Sebab malam kami tidur tu, penghuni bilik atas baru balik dari jalan-jalan kot, lepas tu diorang bergusti agaknya. Memang bising jugak. Kat sini sarapan tak disediakan, jadi pagi esoknya kami cari restoran untuk sarapan pagi.



Ali's Guest House


Deco yang menarik

Ada katil double deck dan single




Di Batu Feringgh ni, ada banyak servis sukan parasailing. Kalau ada sesiapa yang sukakan cabaran dan tak gayat bolehlah cuba. Nampak menyeramkan sebab tinggi jugak bot tu bawak orang.


pengalaman bercuti di pulau pinang
Tinggi...


pengalaman bercuti di pulau pinang
suasana matahari terbenam. Syahdu

pengalaman bercuti di pulau pinang



Kat sini kami habiskan masa main pasir, jalan-jalan, tengok orang main parasailing, water scooter. Dalam pukul  1 tengahari tu dah check out. Sebelum balik singgah kejap Padang Kota untuk makan pasembur. Bagi saya, sedap jugaklah pasembur kat sini. Kuah dia lain sikit dari rojak biasa. Waktu ni, nampak orang makin ramai kat kawasan Padang Kota, mungkin sebab esoknya tu Tahun Baru.

Maka tamatlah percutian kali ini. Walaupun sekejap, tapi seronok sebab saya memang suka travel. Hehehe. Bak kata orang, jauh berjalan luas pemandangan.

Sekian



Previous
Next Post »