Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 6 January 2016

Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor dan Pulau Pinang- Bahagian 1

Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor dan Pulau Pinang.

Lamanya tak update blog. 
Banyak sebenarnya cerita sepanjang 3 bulan tak menulis ni, tapi tak tercerita kat blog. 

Baik, tiada alasan lagi lepas ni. 
Harus lebih rajin. 

Baru teringat yang saya berhutang kisah kembara ke Korea Selatan bulan 4 yang lepas. 

Takpe, jangan risau. Saya akan cerita juga nanti Insya Allah.

Baru-baru ni saya dan keluarga berkesempatan bercuti di Pulau Pangkor dan Batu Feringghi Pulau Pinang. 

Seronok tak tau nak cakap. 

Bayangkan Pulau Pangkor tu last sekali pergi masa kalau tak silap masa saya darjah 4, di mana adik saya yang bongsu yang sekarang umur 25 tahun, masih menyusu badan. Hahaha. 

Masih ada lagi gambar kami anak beranak 7 orang bergambar depan khemah di Pangkor Village Beach Resort. 

Bila dah jejak kaki semula ke sana, terimbau kembali kenangan.  Saya masih ingat tapak khemah kami terletak. Chewah, nostalgia kot.

Semasa kami sekeluarga ke Pulau Pangkor berpuluh tahun yang lalu, Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. 

Kiranya macam hotlah waktu tu. 

Sekarang ni masih hot lagi cumanya mungkin tidak sepopular dulu 
kerana ada satu lagi kawasan yang menjadi tarikan pelancong iaitu Pangkor Laut Resort.


Tapikan, Pulau Pangkor yang sekarang ni macam malap sikit, 
walaupun ramai pengunjung entah kenapa macam suram. 

Takde pembangunan yang hebat. 

Tak sama macam Langkawi. 
Langkawi meriah, pembangunan pesat, banyak resort dan hotel. 

Tapi bagus jugak sebab kalau pembangunan pesat sangat nanti terancam pulak alam semula jadi.

Percutian kami hanya 3 hari. 

Satu malam kat Pangkor, satu malam lagi kat Pulau Pinang. 

Perjalanan ke Pulau Pangkor,  kami menaiki ferry dari Marina Island, Lumut.


pengalaman bercuti di pulau pangkor

Suasana petang di Marina Island semasa nak naik ferry ke Pulau Pangkor

pengalaman bercuti di pulau pangkor

semasa di dalam ferry, dalam perjalanan ke Pulau Pangkor



bersambung..


Anda mencari penginapan di sekitar Pulau Pangkor?  Klik sini>>HOTEL DAN PENGINAPAN DI PULAU PANGKOR<<



No comments:

Post a Comment