Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 9 March 2015

Sepetang di Wetland Putrajaya


Beberapa minggu yang lalu, saya, mak abah dan adik ke Putrajaya. Oleh kerana pada hari tu suami ade meeting persatuan penduduk, jadi memang kami tak ke mana-mana hujung minggu tu.
Tiba-tiba pintu diketuk. Buka pintu, rupanya mak dan adik. Diorang ajak saya ke Putrajaya. Ada kenduri tahlil kata diorang.
Saya pun oklah.  Ikut jelah. Boleh bawak Sumayyah jalan-jalan.
Destinasi pertama, rumah kawan mak abah yang suaminya meninggal dunia beberapa bulan lepas.
Lepas makan-makan tu, cari tempat nak solat pulak. Mula-mula.nak solat kat Petronas je, tapi tengok keadaan surau macam tak best, kami cari masjid.
Pusing punya pusing pusing, tak jumpa jalan nak masuk Masjid Putrajaya. Bila dah jumpa jalan masuk, tak jumpa parking pulak. Maklumlah hujung minggu, kat sini salah satu tempat tujuan pengunjung di Putrajaya.
Aiseh, waktu solat dah nak habis ni, risau.
Lepastu kami cakap kat abah,jom pergi Masjid Besi la.
Susah jugak pada awalnya nak cari jalan masuk ke Masjid Besi. At last jumpa jugak.
Bila masuk, kagum tengok masjid ni. Besar,luas dan bahan binaannya dibuat dari besi dan batu. Sistem pengudaraan yang baik, tak panas berkuap. Tandas dan tempat ambik wudhu' yang luas dan selesa, cuma lantai licin sikit. Kena hati-hati bila melangkah.






Lepas selesaikan apa yang wajib, nak pergi tempat solat wanita. Boleh naik lif atau escalator.
Escalatornya tak bergerak, mungkin ditutup untuk keselamatan. Kanak-kanak ramai jugak. Kalau dibiar escalator tu bergerak, nanti ramai pulak diorang main kat situ tanpa pantauan.
Saya naik lif je, tak larat nak panjat escalator lagipun si kecik ni ada, tak yakin sangat.
Lepas siap-siap solat, mak abah ajak pergi tempat rekreasi pulak.
Abah bawak pergi Wetland. Kat situ ada warung kecik yang jual kuih-kuih untuk minum petang.
Cantik juga pemandangan kat sini. Tapi kami tak explore satu Wetland tu. Ambik gambar dari gerai tu je. In fact kami tak masuk pun dalam Wetland tu. Hanya duduk di pinggiran saja. Kalau tak silap, nak masuk Wetland ada bayarannya.












Wetland ni sebenarnya macam-macam ada. Kalau rajin dan ada banyak masa, boleh explore satu Wetland. Ikut website ni, ada flora dan fauna macam bangau, burung,  tumbuhan tasik, hutan buluh,  menara tinjau dan macam-macam lagi. Boleh baca maklumat lanjut di sini. www.malaysia-traveller.com/taman-wetlands.html.



No comments:

Post a Comment