Evoo untuk eczema

Teks: Nur Sabrina Mohd Arip


Dah nak masuk sebulan saya bagi Sumayyah makan minyak zaitun Evoo ( Extra Virgin Olive Oil).
Ini jenama yang saya guna buat masa ni, Balsari dari Yusuf Taiyoob (baca sambil berbisik, ok).. heheh

Tak mahal pun, harganya cuma RM12 sebotol.

Ada banyak jenis minyak zaitun, dan saya pilih Evoo sebab ia sesuai untuk dimakan dan disapu. Tapi tak sesuai sebagai penumis bila masak-masak.

Syukur alhamdulillah, eczema dia makin hari makin menunjukkan perkembangan baik.
Kalau sebelum ni eczema dia merebak sampai ke ke peha dan mula nak kena kat tangan, sekarang ni, kawasan eczema tu semakin lama semakin mengecil, dan eczema kat tangan tu dah hilang.
Yang ada di kawasan ini saja. Saya bagi satu sudu besar sehari.

Sebagai pelembab,  saya akan sapukan krim Moogoo atau CJ' s Butter. Semuanya natural ingredient, tanpa steroid. Ada vitamin E, Shea Butter dan Lanolin dalam krim-krim ni. Bahan-bahan nilah yang bertindak sebagai pelembap untuk kulit kering.

Insya Allah saya akan terus gunakan minyak zaitun EVOO sebagai supplement untuk Sumayyah.

Kena sabar bila berhadapan dengan masalah eczema. Yang penting jangan putus asa :)


Nilah minyak zaitun yang saya guna sekarang


Eczema di kaki Sumayyah yang terkini. Dulu lagi teruk dari ini

Pelembap bila kulit kering dan gatal



Previous
Next Post »