Krim ruam lampin terbaik

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip
Bismillah walhamdulillah


Haritu saya ada kongsi tentang krim untuk merawat puting yang melecet, kali ni nak kongsi tentang krim lampin terbaik yang saya pernah jumpa. Sebelum jumpa krim ni saya ada cuba macam- macam krim untuk legakan ruam lampin anak saya. Sumayyah sebenarnya allergik dengan poo poo sendiri. Kalau dia yak yak, saya memang tak boleh lambat-lambat tukar lampin dia. Dan kalau dah naik ruam tu, memang susah nak baik. Pernah sekali tu saya terpaksa guna krim steroid sebab tak tahan tengok penderitaan diq. Guna steroid memanglah hilang tapi tak bagus untuk guna dalam jangka masa yang panjang.

Sampailah satu hari dipertemukan dengan satu krim di sebuah support group cloth diaper. Kebanyakan review kata krim ni sangat berkesan untuk legakan ruam lampin. Saya pun apa lagi, mesti nak cuba. Bila dah cuba, memang berkesan baq hang. Lepastu terus order banyak.sekaligus untuk jimat kos pos. Memang dah jatuh cinta krim ni dan tak mungkin tukar krim lain. Seperkara lagi, krim ni guna bahan- bahan natural je tau. Takde steroid, takde bahan kimia berbahaya dan lain- lain. Saya order kat Bamboolite. Ibu-ibu yang dah lama pening nak cari krim lampin yang sesuai, cubalah krim ni pulak ok. Nama dia CJ's Butter.


Previous
Next Post »