Resepi jemput-jemput nasi

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Bismillah walhamdulillah


Selalunya kalau ada lebihan nasi, selain dibuat nasi goreng, saya akan simpan atau dipanaskan semula untuk dimakan keesokan harinya. Ada satu hari tu, tiba-tiba terfikir nak buat sesuatu yang lain dengan lebihan nasi. Ada orang buat apam nasi. Oleh kerana saya tak berapa minat makan apam, saya pilih buat yang lain. Saya memang suka makan jemput-jemput nasi, Jadi yang terlintas di fikiran masa tu, nak buat jemput-jemput nasi. Sebelum ni memang tak pernah buat. Jadi apa salahnya cuba kan.

Tengok kat dalam peti ais, ada mix vegetable dan telur. Nak buatnya mudah sangat, Saya hanya perlukan tepung gandum, nasi yang sudah siap diblend, sebiji telur, segenggam mix vegetable, air secukupnya dan garam. Jika nak lembut lagi, tambahkan roti yang dicarik-carik,. Petua masukkan roti dalam adunan jemput-jemput ni saya dapat dari housemate masa saya bujang dulu. Hasilnya jemput-jemput jadi lembut. Dalam roti kan ada yis.


Taraa.. inilah rupa jemput-jemput nasi tu, Rasanya boleh tahan sedap. Tak rasa macam makan nasi pun.



Secara ringkasnya, inilah bahan-bahannya:





Mudah saja kan. Selamat mencuba :)
Previous
Next Post »