"Cara Beriman Yang Sukar"

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Bismillah walhamdulillah

Saya ada terbaca satu status yang sangat menarik tulisan Dr. Ahmad Fahmi Sulaiman, Saya ambik dari facebooknya sendiri. Jom kita baca, Memang tersentap, sebab tak payah susah-susah cari bukti jauh-jauh, sebab kat badan kita sendiri dah banyak sangat tanda kekuasaan Allah. Contohnya sendi di jari-jari kita ni.  Kalau takde sendi, agak-agaknya susah tak kita nak genggam barang? Nak makan dan minum? Lagi apa? Bulu hidung, kening, bulu mata, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar ciptaan.  Masya Allah.... kena rajin-rajinkan otak berfikir dan memuji-muji kehebatan dia serta mensyukuri segaka nikmatNya yang tak terhitung ni.



"Cara Beriman Yang Sukar"

Kita sering memilih jalan sukar untuk beriman. Perlu so-called Allah berikan tanda dalam bentuk kejadian luarbiasa ataupun kita mengluarbiasakan (maaf Dewan Bahasa dan Pustaka) kejadian tertentu.

Awan bertulis All
ah.
Badan kucing ada kalimah Arab.
Sejadah solat.

Semua itu tanda yang popular dikalangan kita.

Sedangkan untuk beriman, tidak perlu menunggu tanda itu semua. Pada batang tubuh kita, semuanya tanda kebesaran-Nya.

"Pakcik, tahu tak. Kita dapat kencing itu tanda kekuasaan Allah."


"Kencing pun ke doktor?."

"Yup kencing. Kita dapat kencing, tanda kekuasaan Allah. Buah pinggang kita tidak lebih dari separuh penumbuk ini saiznya (sambil saya genggam tangan). Tapi ia dapat menapis segala toksin dan dibawa keluar dari badan melalui air kencing."

"Pakcik dah tak boleh kencing. Buah pinggang pakcik rosak."

"Betul pakcik. Buah pinggang rosak, tidak dapat kencing. Toksin dalam badan tidak dapat dibawa keluar. Jadinya ia berkumpul didalam badan dan mengakibatkan badan kita ada banyak komplikasi."

"Itulah yang pokcik rasa, doktor. Kena cuci 3 kali seminggu darah untuk buang toksin."

"Allah jadikan buah pinggang sekecil itu, mampu tapis. Manakala manusia terpaksa membuat mesin hemodialisis sebesar ini untuk menapis toksin ganti ginjal."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah Ar-Rahman)







Previous
Next Post »