Hari-hari PARAM datang rumah kami.

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Bismillah wal hamdulillah
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.


Ya betul. Hari-hari PARAM datang rumah kami sebab tu kami tak perlu ke PARAM. Apa itu PARAM? Haa cuba teka. Pasar Ramadhan lah.

Seronok dan syukur. Hari-hari encik suami akan bawak juadah yang dia dapat dari surau setiap kali balik dari solat tarawih kat rumah kami ni. Macam-macam yang kami dapat. Selain PARAM, pernah dapat sumbangan dari pusat khidmat masyarakat dan pertubuhan NGO.


  • Laksam
  • Nasi Ayam
  • Nasi kukus
  • Mee goreng
  • Meehun goreng
  • Kuih-muih
  • Bubur lambuk (pusat khidmat masyarakat)
  • Kuih raya (Medic Mesir)
  • dan lain-lain
Ensuami kata, makanan-makanan ni semua disumbangkan oleh peniaga-peniaga Pasar Ramadhan yang letaknya depan kawasan rumah kami. Mereka juga ahli qaryah surau ini. Mana juadah yang tak habis akan disumbangkan pada ahli Qaryah surau. Baguslah macamtu kan, tak recycle untuk dijual pada esok hari. Ensuami kata lagi, terlalu banyak makanan sampaikan tak habis jadi tanggungjawab kami untuk ambil agar tak terjadi pembaziran. 

Ini antara juadah yang kami dapat.

Laksam yang marvellous

kuih raya sumbangan MEDICMESIR, suami dapat dari tempat kerja.


Semoga peniaga-peniaga yang beri sumbangan ni dimurahkan rezeki berlipat ganda atas sedekah dan kejujuran mereka dalam berniaga. Urusan saya juga jadi mudah. Tak perlu nak masak banyak-banyak setiap hari untuk berbuka dan bersahur :).

Previous
Next Post »