Kisah pakcik pengutip sulfur

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Ariip
Bismillah wal hamdulillah
selawat dan salam ke atas Rasulullah saw.

 

Teringat dokumentari di TV1 beberapa hari lepas. Kisah seorang pakcik yang bekerja sebagai tukang kutip sulfur di sebuah gunung berapi di Indonesia. Kerana ingin mencari sesuap rezeki, dia sanggup bersusah payah setiap hari mengutip sulfur untuk dijual. Terpaksa dedahkan paru2 dengan sulfur yang beracun di tambah lagi dengan keadaan gunung berapi yang panas, kadang2 but yang dipakai boleh cair Memang bukan senang. Sangat susah, setiap hari naik gunung. Kemudian, bila turun gunung, dengan tubuh yang kurus melidi, terpaksa memikul sulfur yang beratnya hampir menyamai berat seorang seorang dewasa, seorang diri dan terpaksa berjalan berpuluh kilometer. . Lidah dia sentiasa terasa pahit, kerana sulfur yang banyak sudah masuk dalam badan. Dia pasti bekerja keras untuk menyara keluarganya.

Jadi, kiralah berapa banyak kesyukuran kita hari ini. Jika kita rasa susah, lagi ramai orang yang berkali-kali ganda lebih susah dari kita.




Previous
Next Post »