Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 10 April 2014

Air oh air

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip.

Bismillah wal hamdulillah

Hari ini bermulalah episod ketiadaan air di rumah. Bagi suri rumah seperti saya, ketiadaan air agak menyukarkan urusan menyelesaikan kerja-kerja rumah. Bukan suri rumah saja, sesiapa pun pasti akan merasakan keperitannya lebih-lebih lagi tiada persediaan dilakukan. Mujur suami saya sempat menadah beberapa baldi air. Jadi bolehlah digunakan untuk mengambil wudhu' dan membersihkan najis anak.

Masalah air tiada ini tipulah jika kita lansung tidak merasa susah atau perit. Mana taknya, susah nak mandi, susah nak mencebok anak   susah nak masak, baju kotor dan pinggan mangkuk pula semakin lama semakin membukit.

Memang boleh stress dibuatnya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Sabar, sabar dan sabar. 

Kenangkan kesusahan pihak lain yang mungkin lagi teruk dari kita. Kita sekurang-kurangnya hanya mengalami masalah air. Orang lain menghadapi macam-macam masalah lagi. Tiada bekalan air bersih untuk diminum, tiada bekalan eletrik, tiada makanan berkhasiat untuk dimakan, tiada wang untuk membeli ubat-ubatan dan keperluan anak, tiada baju yang bersih dan cantik untuk dipakai, pendek kata serba tiada.

Bila bercakap tentang air dicatu atau tiada air, saya teringat zaman persekolahan saya dulu. Saya bersekolah di sekolah asrama. Memang selalu juga kawasan di sekolah saya mengalami masalah tiada air. Kadang-kadang ambil masa selama berhari-hari. Saya teringat adakalanya bila sekolah tiada air, saya dan rakan-rakan akan mengangkut baldi dan keperluan mandi ke sana-sini di sekitar sekolah untuk mengambil wudhu' dan mandi. Kami pergi ke tandas di bangunan akademik, tandas di dewan sekolah. Yang paling lucu sekali kami beramai-ramai akan ke kampung berdekatan untuk menumpang mandi. Penduduk kampung pun dah faham dan mereka tidak berkira mengizinkan kami menumpang mandi, siap ada yang menyediakan makanan untuk kami jamu. 

Pelajar lelaki pula akan berkampung di surau dan menggunakan air yang ada di kolah. Betapa ramai yang berkampung di surau hingga kadang-kadang menyebabkan ada ahli qaryah yang tak selesa hal itu berlaku.

 Beberapa hari lepas saya terlihat satu status facebook sahabat saya tentang cara-cara penggunaan air yang minimum untuk mengambil wudhu'. Antara yang boleh dilakukan adalah menggunakan spray. Ya, saya bersetuju. Memang sebelum ni tak terfikir. Terima kasih kepada rakan saya itu kerana memberi cadangan tersebut. Islam itu mudah kan? Bila tiada air, perlulah pandai menggunakan apa saja cara, asalkan ia menepati syariat. Spray ini juga boleh digunakan untuk mencebok anak, membasuh tangan dan urusan  simple yang lain- lain.




Apapun masalah tiada air ini sedikit sebanyak akan membuatkan kita bersyukur dan insaf pada segala nikmat yang diberi Ilahi. Tiada satu pun milik kita di dunia, hatta walau setitis air. 

Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur

No comments:

Post a Comment