Educational toys menggantikan ipad?

Sudah menjadi trend ibu bapa pada zaman ini membelikan anak-anak mereka dengan gadget yang canggih dengan harapan dapat membantu proses pembelajaran dan pendidikan anak-anak.



Tahukah anda banyak kajian mendapati walaupun gadget-gadget sebegitu ada manfaatnya, namun keburukannya tetap ada. Malah jika penggunaan tidak dipantau dan dibimbing oleh mereka yang lebih dewasa, gadget sebegitu akan menjerumuskan anak anda pada anasir yang tidak sihat.

Tahukah anda permainan pendidikan seperti gambar di bawah, walaupuan ia tidak secanggih dan secantik gadget dengan teknologi terkini, ia mempunyai banyak sangat kelebihan untuk perkembangan intelektual, sosial, dan emosional anak anda?


Mari kita lihat kelebihan dan manfaatnya


# Menggalakkan perkembangan imaginasi dan kreativiti
# Penggunaan otak kiri dan kanan secara optimum
# Meningkatkan kemahiran motor halus
# Meningkatkan dan membangunkan kemahiran pemerhatian serta koordinasi tangan dan mata
# Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kerjasama sesama rakan-rakan atau adik beradik.
# Membantu anak meluahkan perasaan dan emosi melalui bentuk-bentuk yang dibina

Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk melaburkan sejumlah wang untuk membangunkan intelektual, sosial dan emosional anak-anak anda.






























Previous
Next Post »