Formula Hati Tenang

Saya  merupakan seorang yang sangat suka membaca majalah yang menyediakan ilmu tentang kekeluargaan, kewanitaan dan kesihatan. Setiap bulan, pasti saya akan berkunjung ke kedai buku untuk membelek dan seterusnya mencari majalah  keluaran terbaru pada bulan tersebut. Di majalah ANIS contohnya, ada artikel yang menarik perhatian saya yang tajuknya: Formula Hati Tenang.





Baiklah, saya ingin memetik sedikit isi penting dalam artikel ini. Antara punca kepada keresahan hati ialah banyak melakukan dosa atau maksiat dan cara untuk menenangkan hati ialah banyakkan mengingati Allah dengan cara berzikir. Allah SWT berfirman di dalam surah ar-Ra'd , ayat 28;

"Bukankan dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang. "

Setiap kali hati dilanda keresahan dan kegoncangan jiwa, zikir adalah salah satu cara untuk membuatkan hati kita tenang. Zikir boleh dilakukan dengan banyak cara antaranya membaca al-Quran, melantunkan zikir-zikir seperti Asmaul Husna, istighfar, bertasbih, bertahmid, bertakbir dan berselawat. Saya ingin kongsikan satu kisah menarik di mana sepasang suami isteri yang bertengkar, dengan izin Allah berbaik semula dengan amalan zikir Istighfar. Kisahnya begini. Sepasang suami isteri bergaduh besar sehinggakan si isteri mengancam untuk keluar dari rumah. Si suami yang mungkin seorang yang penayabar lantas keluar dari rumah dan beriktikaf  di masjid untuk mencari ketenangan hati. Si suami melafazkan zikir istighfar secara berterusan selama dua jam. Setelah dua jam, beliau kembali ke rumah dan mendapati bahawa isteri masih berada di rumah dan meminta ampun padanya. Isterinya mengatakan, dalam masa dua jam hatinya yang  penuh rasa marah tiba-tiba berubah menjadi rasa bersalah kepada suami dan dia merasakan mereka bertengkar kerana salahnya sendiri. Si suami terkejut dan dia terdetik, pastinya zikir Istighfar beliau tadi dengan izin Allah telah membantu beliau dari kemelut rumahtanggan yang dihadapi.

Mulai dari hari ini, ayuh kita rajinkan berzikir, bukan saja di waktu dilanda kesusahan tetapi juga semasa dalam keadaan senang. 


First